SURIA KLCC BINA REPLIKA LAMPU PELITA TERBESAR, AMAZING! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syawal bakal tiba kurang dari 2 minggu lagi. Kalau masa nie kebiasaannya KP akan singgah di setiap pusat membeli-belah untuk melihat dekorasi yang ada.
SURIA KLCC
Kumpulan Syarikat Suria KLCC tidak ketinggalan untuk mengalu-alukan ketibaan Syawal yang bakal tiba dengan kepelbagaian dekorasi yang bertemakan kampung halaman.
REPLIKA LAMPU PELITA TERBESAR
Kempen Hari Raya Aidilfitri di KLCC memberi kelainan tahun ini dimana pameran gah Replika Lampu Pelita yang terbesar di Malaysia bertempat di Esplanade KLCC.
Turut dipamerkan, gubahan hebat Hari Raya yang direka untuk menyantuni semangat Ramadan dan Syawal. Kan kini boleh disambut dalam skala besar sejak dua tahun lalu berikutan ancaman wabak Covid-19.
Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd. Hadir juga Encik Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Operasi; Francis Tan dan juga Pengurus Besar; Ameer Thajudeen.
DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2022
“Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022 – Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17-meter dan 12-meter lebar. Ianya antara usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadhan dan Syawal di kotaraya ini.
Berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan kegirangan dikalangan kelompok komuniti. Selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan,”
-ujar Encik Md Shah Mahmood semasa ucapan pembukaan beliau.
TEMA RAYA DI DUSUN ATUK
Pelbagai tarikan bagi kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri ini berlangsung sehingga 8 Mei 2022. Para pengunjung berpeluang merasai keunikan tema “Raya di Dusun Atuk”, Berada disekitar perkarangan kompleks yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun.
RUMAH MELAYU MELAKA
Sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka” di sudut ‘Centre Court’ KLCC. Memaparkan keindahan dan kepelbagaian motif yang berwarna-warni ditemani dengan hiasan pelbagai pokok buah-buahan. Juga cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita.
Suasana hiasan dusun turut mempamerkan pangkin. Dimana pengunjung boleh menikmati peluang bergambar dengan latar belakang nostalgik yang dilengkapi dengan sebuah Proton Saga. Mengimbau kembali memori pulang ke kampung dengan menaiki kereta atuk.
Tidak kurang dari itu, aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak akan turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung.
Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang dusun atuk yang ditempatkan di Aras 1, Ramlee Mall.
TEBUS BAUCAR BELI BELAH & SAMPUL RAYA
Para pengunjung juga akan diberikan ganjaran apabila mereka berbelanja lebih dari RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih. Bermula dari sekarang sehingga 1 Mei 2022.
Pengunjung berpeluang untuk menerima baucar membeli-belah Suria KLCC yang bernilai RM100 dan juga satu pek sampul raya Suria KLCC.
FAMILY POTRAIT
Kehangatan Aidilfitri lebih dirasakan apabila para pengunjung turut berpeluang untuk menikmati saat gembira kekeluargaan di sudut ‘Family Potrait’.
Boleh bergambar bersama keluarga dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma untuk dimuat naik di media sosial.
Tidak ketinggalan, tarian etnik dan budaya turut dipersembahkan bagi merai kehangatan Aidilfitri.
Program tanggungjawab sosial ‘Kesedaran Kesihatan Mental’ yang diusahakan oleh Suria KLCC masih diteruskan melalui perolehan dana dari hasil jualan pin reben yang bermula sejak tahun 2021.
Para pengunjung digalakkan untuk memberi sokongan bagi menjayakan kempen ini dengan membeli pin yang dijual di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap satu. Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada RELATE Malaysia.