Care Bears Serikan Krismas di Pavilion Bukit Jalil! Ada Salji, Meet & Greet & Bazar Meriah Hingga Januari 2027
CARE BEARS
BEAR-Y JOYFUL CHRISTMAS TOGETHER, HERE
Peminat Care Bears, ini memang destinasi yang wajib masuk dalam senarai jalan-jalan hujung tahun! Dunia comel Care-a-Lot kini hadir di Pavilion Bukit Jalil menerusi sambutan Bear-y Joyful Christmas – Together, Here dari 20 November 2026 hingga 3 Januari 2027.

Lebih istimewa, sambutan kali ini turut meraikan ulang tahun kelima Pavilion Bukit Jalil dengan pelbagai aktiviti keluarga, dekorasi Krismas, persembahan salji konfeti, bazar perayaan dan ganjaran beli-belah menarik.
JOM MASUK DUNIA CARE-A -LOT!
Tarikan utama pastinya Care Bears Christmas Village di Centre Court, Aras 2. Pengunjung akan disambut maskot Cheer Bear dan Grumpy Bear setinggi 12 kaki, Care-a-Lot Castle, Care Bears Clock Tower serta Christmas Village Café yang cukup menarik untuk bergambar.

Jangan lupa singgah ke Care Bears Christmas Wish Post untuk menulis ucapan dan impian Krismas. Ada juga Gifting Corner yang menyediakan idea hadiah serta stesen pembungkusan khas.
Lebih meriah, pelbagai gerai turut menawarkan produk dan snek menarik daripada Care Bears, Famous Amos, L’Edit by Epitex, Karafu, Montigo, Sticky, Awesome Snack dan PixTee.
JUMPA CARE BEARS, SANTA DAN ADA SALJI JUGA!
Antara aktiviti yang boleh dinantikan sepanjang musim perayaan ini:
✔ Care Bears Meet & Greet: Cheer Bear dan Grumpy Bear pada 5, 6, 12, 13, 19, 20, 24, 25 dan 26 Disember, jam 1 petang, 3 petang dan 5 petang.
✔ Jingle & Sparkle: Persembahan salji konfeti dan tarian Krismas pada 6, 13, 20, 24 dan 25 Disember, jam 2 petang dan 6 petang
✔ Santa & Santarina Meet & Greet: 28 November serta 5, 12, 19, 24 dan 25 Disember, jam 2 petang dan 6 petang.
Pengunjung juga boleh menikmati persembahan lagu Krismas, balet, orkestra dan biola pada hujung minggu.

Santa Claus turut membuat kemunculan di beberapa lokasi termasuk Game On Arcade Arena (28 November), Little Pirates Playland (5 Disember), Good Times DIY Baking Studio (12 Disember) dan Blue Ice Snow Park (19 Disember), semuanya pada jam 11 pagi.
BAZAR KRISMAS & AKTIVITI MENARIK UNTUK SEISI KELUARGA
DI PIAZZA , ARAS 3
Bukan setakat Care Bears, kemeriahan turut dibawa ke PIAZZA, Aras 3 dengan tiga acara menarik:
✔ Christmas Xin Shi Ji Market (2–6 Disember): Menampilkan 135 reruai makanan, minuman, barangan dan hiburan.
✔ Merry Momo Christmas (18–20 Disember): Pokok Krismas setinggi 12 meter serta pelbagai aktiviti keluarga.
✔ Howdy Ho Ho Ho! Christmas Bazaar (23–27 Disember): Bertemakan Wild West dengan permainan karnival, bengkel dan hiburan.

Pada malam Krismas pula, pengunjung boleh menyertai The Midnight Snowdown yang menampilkan muzik secara langsung, hadiah percuma, DJ countdown dan pengalaman salji sehingga tengah malam.
SHOPPING PUN ADA GANJARAN!
Lagi menarik, pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif Care Bears menerusi pembelian terpilih:
✔ Pemegang Kad Kredit dan Kad Caj Maybank: Belanja RM300 untuk menebus Care Bears Assorted Cookies atau RM800 untuk Care Bears Christmas Wishes Bear Keychain Plush 15cm.
✔ Ahli Pavilion Privileges: Belanja RM2,000 untuk menebus Care Bears Christmas Wishes Bear Plush 33cm.

Semua penebusan tertakluk kepada stok dan terma yang ditetapkan. Ada juga aktiviti Bear-y Joyful Journey Card setiap Rabu hingga Jumaat untuk 100 pengunjung terawal setiap hari, selain aktiviti Bear-y Merry Postcard Stamping.
AHLI PAVILION PRIVILEGES
Ahli Pavilion Privileges turut boleh menyertai Christmas Phone Charm Workshop pada 2 Disember dan Christmas Wreath Making pada 16 Disember, tertakluk kepada pendaftaran.
Menariknya, perbelanjaan RM500 dalam satu resit juga melayakkan pengunjung mendapat satu penyertaan dalam peraduan Unlock Wonder Moments anjuran Joy Paradise Holidays. Sebanyak 10 pemenang bakal menerima baucar tunai RM10,000 setiap seorang.
PAVILION BUKIT JALIL SAMBUT ULANG TAHUN KELIMA!
Sempena ulang tahun kelima, Pavilion Bukit Jalil turut menawarkan baucar beli-belah dan makanan serta minuman dengan jumlah keseluruhan RM100,000 dari 3 Disember 2026 hingga 3 Januari 2027.

Pengunjung yang berbelanja RM500 dalam satu resit berpeluang menebus baucar beli-belah RM30, tertakluk kepada stok.
Pusat beli-belah ini juga menyertai Malaysia Year End Sale (MYES) dari 15 November 2026 hingga 3 Januari 2027 dengan pelbagai tawaran hujung tahun.
COUNTDOWN 2027 PUN ADA!
Belum habis lagi! Pada 31 Disember 2026, Pavilion Bukit Jalil bakal menganjurkan Pavilion Bukit Jalil Countdown to 2027 Party di PIAZZA, Aras 3.
Pengunjung boleh menikmati persembahan tarian LED, muzik secara langsung, hiburan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik. Beberapa premis makanan dan minuman terpilih turut beroperasi sehingga jam 1 pagi.

Jadi, kalau sedang mencari lokasi untuk bawa keluarga menikmati suasana Krismas, bergambar dengan Care Bears atau membeli-belah hujung tahun, bolehlah masukkan Pavilion Bukit Jalil dalam senarai percutian korang!
Jom raikan Krismas, cipta kenangan bersama keluarga dan sambut tahun baharu dengan penuh keceriaan di Pavilion Bukit Jalil!
