PROGRAM BUBUR LAMBUK AEON BERSAMA KOMUNITI, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tidak menyangka kini dah masuk Ramadan ke18. Pastinya tahun ini memberikan kelainan dimana di fasa endamik. Dapat bersama dengan ahli keluarga tersayang mahupun rakan-rakan.
Ada juga yang turut menjadikan bulan Ramadan antara bulan untuk bersama-sama memberi pada mereka yang memerlukan. Tidak kira dari segi barangan, kewangan mahupun makanan.
AEON CO. (M) BHD Dan AEON BIG (M) Sdn BHD bergabung sempena bulan Ramadan. AEON terus kukuhkan semangat kerjasama dengan komuniti.
PROGRAM BUBUR LAMBUK AEON
Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Semangat kerjasama dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang
Kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama AEON serta disokong oleh komuniti setempat memasak Bubur Lambuk. Majlis berlangsung di perkarangan AEON BiG Bandar Tun Hussein On, Cheras Selangor.
Bakal diteruskan secara berperingkat sehingga 24 April 2022di semua cawangan seluruh negara. Bubur Lambuk yang siap dimasak diagihkan kepada lebih kurang 1,200 pengunjung pasar Raya tersebut.
AEON SAYAP BAGIMU
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kelestarian AEON Sayap Bagimu. Tujuan berkongsi rezeki serta mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem AEON.
Lebih kurang 50 ribu bekas Bubur Lambuk akan disediakan secara gotong royong oleh kakitangan AEON. Mereka yang terlibat untuk diagihkan kepada komuniti setempat secara ekosistem AEON.
“Kami berasa amat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang senantiasa rapat dihati kami. Kami yakin Program Bubur Lambuk AEON bersama Komuniti ini dapat mengukuhkan lagi hububgan ukhwah di antara AEON dan masyarakat setempat.
Insiatif ini juga ialah untuk menzahirkan penghargaan kami terhadap sokongan berterusan daripada para pelanggan AEON”
-kata Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.
YAYASAN AEON MALAYSIA (MAF)
Dalam majlis sama, YAYASAN AEON Malaysia (MAF) turut menyumbang pembelian pakaian baru untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri buat adik adik. Adik-adik dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang seramai 50 orang.
Sumbangan telah disampaikam oleh Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden MAF. Lebih teruja apabila menerima sumbangan duit Raya daripada Tuan Haji Najmuddin Jemain, Yang DiPertua ,MPKj .
Sejajar dengan usaha AEON dimana memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu-16. Ianya menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari.
Juga menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat.
Moga insiatif dari pihak AEON ini diberikan kerahmatan dan senantiasa mendapat sokongan dan sambutan dari semua.
Website | Facebook | Instagram