Rindu Makanan Sarawak? Ngirup KL Bawa Rasa Bumi Kenyalang Ke Tengah Kuala Lumpur! Nak cuba makanan Sarawak tanpa perlu terbang ke Bumi Kenyalang?
NGIRUP KL
Jom singgah ke Ngirup KL, restoran bertemakan Sarawak yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur. Menariknya, Ngirup KL bukan sekadar menawarkan hidangan popular Sarawak, tetapi turut membawa suasana dan budaya masyarakat Bumi Kenyalang ke tengah ibu kota.

CHEF ACHANG LIBAT
Dikurasi oleh Chef Achang Libat, anak jati Sarawak berketurunan Kayan dan Lun Bawang, restoran ini menggabungkan resipi tradisional dengan sentuhan kulinari moden.

Chef Achang yang pernah menimba pengalaman di Sydney, Australia sebelum kembali ke Kuching pada 2019, mahu memperkenalkan keunikan makanan dan budaya Sarawak kepada lebih ramai pengunjung.
MAKSUD NGIRUP DALAM BAHASA IBAN
Nama Ngirup sendiri diambil daripada perkataan bahasa Iban yang bermaksud jemput minum. Konsep ruang dalamannya pula diinspirasikan daripada rumah panjang Dayak, lengkap dengan dekorasi, foto dan kisah etnik Sarawak yang memberikan suasana cukup mesra.
MENU PATUT CUBA
LAKSA SARAWAK & MI KOLOK
Bagi yang pertama kali berkunjung, jangan lepaskan peluang mencuba Laksa Sarawak dan Mi Kolok yang menjadi antara tarikan utama restoran ini. Mi Kolok juga merupakan makanan warisan negara sejak 2024.
✔ Laksa Sarawak

✔ Mee Kolok – Ayam

Untuk pilihan sarapan, korang boleh cuba Roti Kahwin Terung Dayak yang cukup unik.
MENU LAIN
✔ Sup Ayam Pansuh yang dimasak dalam buluh

✔ Nasi Goreng Daun Ubi, Nasi Goreng Cornbeef serta nasi beras tanah tinggi.

✔ Umai Ikan Tenggiri

Kalau suka makanan ringan untuk dikongsi, Ngirup KL turut menyediakan pilihan tapas tempatan seperti , Kentang Goreng Kantan Furikake, Kulit Ayam Goreng Minyak Tepus, Tempe Goreng dan Nara’ iaitu daging kerbau salai.
✔ Ayam Karage Gula Apong

Lebih menarik, hidangan ini dipadankan dengan pelbagai sos seperti Tempoyak Goreng, Sambal Laksa, Aioli Tepus dan Cincalok.
Jangan lupa cuba pencuci mulut tradisional!
Lengkapkan pengalaman menjamu selera dengan pilihan pemanis mulut seperti Terung Dayak Cobbler serta Urum atau Dinuh, kuih goreng tradisional masyarakat Kenyah, Kayan dan Kelabit.
Bukan itu sahaja, suasana di Ngirup KL turut lebih meriah dengan persembahan muzik akustik secara langsung oleh pemuzik Sarawak pada malam tertentu.

Restoran ini beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 1 pagi, manakala waktu operasi dilanjutkan sehingga 2 pagi pada Jumaat dan Sabtu.
Jadi, kalau korang sedang mencari kelainan untuk sarapan, makan tengah hari atau lepak santai sambil menikmati hidangan Bumi Kenyalang, Ngirup KL boleh dimasukkan dalam senarai tempat makan seterusnya!
