Spider Bakal Gegarkan Johor! Konsert ‘Sengat Selatan’ 30 Januari 2027, Tiket Dari RM88
“Ngam Ho!” Peminat Spider di selatan tanah air, inilah masanya untuk kembali menyaksikan kugiran legenda ini beraksi di pentas besar!
KONSERT SPIDER SENGAT SELATAN 202
Selepas lebih tiga dekad membina nama dalam industri muzik Malaysia, Spider bakal membawa pulang bisa mereka ke negeri kelahiran menerusi Konsert Spider Sengat Selatan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari 2027 di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

PERSEMBAHAN BERSKALA BESAR PERTAMA
Lebih istimewa, konsert anjuran Icon Entertainment ini merupakan persembahan berskala besar pertama Spider di Johor sejak kumpulan tersebut memulakan perjalanan seni pada tahun 1996.
Konsert yang bermula pada jam 8.30 malam ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk meraikan perjalanan seni dan legasi 30 tahun Spider di tempat segalanya bermula.
JOHOR JADI LOKASI ISTIMEWA
RAIKAN 30 TAHUN SPIDER
Menurut Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, penganjuran konsert ini mempunyai makna tersendiri kerana Johor merupakan tempat bermulanya perjalanan muzik Spider sebelum mereka dikenali sebagai antara kugiran dengan identiti tersendiri dalam industri muzik tempatan.
Beliau menyifatkan konsert ini sebagai peluang untuk meraikan legasi Spider di negeri kelahiran mereka.

“Di sinilah segalanya bermula. Di negeri inilah benih kecintaan Spider terhadap muzik disemai sebelum mereka berkembang menjadi antara kugiran dengan identiti tersendiri yang meninggalkan pengaruh dalam belantika muzik Malaysia.
“Sebab itu kami di Icon Entertainment berasa tiga dekad atau 30 tahun Spider mesti dirayakan di negeri kelahiran mereka. Ini momen yang sangat ‘Ngam Ho’,” katanya ketika sidang media di Shook!, JW Marriott.
TAM ANGGAP KONSERT INI IMPIAN LAMA DINANTIKAN
Bagi vokalis Spider, Tam, peluang mengadakan konsert berskala besar di Johor merupakan satu impian yang sekian lama dinantikan oleh seluruh anggota kumpulan.

BUMI JOHOR JADI SAKSI
Spider yang dianggotai Tam, Iss, Pown dan Aie mempunyai hubungan istimewa dengan peminat di negeri tersebut kerana Johor merupakan titik permulaan perjalanan seni mereka.
“Bumi Johor adalah saksi kepada mimpi-mimpi kami dan permulaan perjalanan kami. Maka di sini juga Spider mahu peminat khususnya di selatan tanah air memperoleh nikmat mendengarkan karya-karya kami yang telah hidup subur bersama mereka dimainkan secara langsung, sekali gus bersama merayakan tiga dekad Spider,” ujar Tam.
SIAPA BAKAL GEGARKAN PENTAS SEKALI?
Pastinya peminat sudah tidak sabar untuk menyanyikan lagu-lagu popular Spider secara langsung. Kumpulan yang mendapat bimbingan maestro muzik Datuk M. Nasir menerusi Luncai Emas ini bakal membawakan rangkaian lagu popular berteraskan genre ska dan pop rock.

Antara lagu yang dijangka menghangatkan suasana termasuklah Aladin, Kacap Terlabik, Nazraku, Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi , Relaku Pujuk dan lain lain lagi.
Beberapa karya Spider turut mendapat sentuhan lirik Allahyarham Loloq, menjadikan lagu-lagu mereka cukup dekat dengan peminat muzik tempatan. Spider juga pernah mencipta kejayaan apabila memenangi Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-12 serta Anugerah Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk.
HARGA TIKET
Buat peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam istimewa ini, tiket akan mula dijual pada 26 November 2026, jam 3.00 petang menerusi laman rasmi Ticket2U. Menariknya, kategori tiket kali ini menggunakan nama daerah di Johor.

✔ Pontian – RM88
✔ Mersing – RM128
✔ Pasir Gudang – RM168
✔ Batu Pahat – RM188
✔ Kota Tinggi – RM258
✔ Muar – RM288
✔ Johor Bahru [Sofa untuk 2 orang] – RM888
Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi pautan rasmi berikut: www.ticket2u.com.my/sengatspider
Tiga dekad perjalanan seni, lagu-lagu yang terus menjadi siulan dan kenangan yang masih segar dalam ingatan peminat. Kini Spider kembali ke Johor untuk satu malam yang cukup istimewa.
Peminat Spider, dah bersedia nak kena sengat? Ngam Ho! Jumpa di Sengat Selatan Januari 2027 nanti!
