Golden Ticket Alamanda kini kembali Dan siapa yang bakal membawakan pulang RM1,000 untuk tahun ini!
GOLDEN TICKET ALAMANDA
Bermula dari 23 Mei hingga 8 Jun, kempen di Alamanda sama seperti di Suria KLCC, mengangkat tema yang membawa kita kembali ke zaman permainan kanak-kanak iaitu ‘Snake & Ladder’ atau lebih dikenali dengan permainan ular dan tangga.
Bahagian pentas Centre Court yang menempatkan kotak-kotak berisi ‘Ticket’ dihias dengan tema flora dan fauna dan dipenuhi dengan animasi seiring dengan permainan ’snakes and ladders’.
Pembeli yang berbelanja RM500 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang
melontar dadu yang mempunyai 6 warna. Anda diberi pilihan memilih kotak berlandaskan warna yang diperolehi hasil daripada lontaran dadu.
Melalui pilihan kotak berwarna tersebut, anda mempunyai peluang memenangi e-Baucar Alamanda bernilai RM50, RM500 mahupun RM1,000. Sebanyak 50 hadiah disediakan setiap hari, dan setiap peserta dijamin memenangi sesuatu dalam bentuk e-Baucar Beli-belah Alamanda.
Tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya, menambah keterujaan setiap kali
kunjungan. Setiap hari, seorang pembeli bertuah akan memenangi Golden Ticket dan diraikan
dengan cahaya berkelip, muzik ceria, serta sesi foto segera dengan cek replika.