INTERNATIONAL HEALTHCARE WEEK 2025, APA YANG BEST!

International Healthcare Week 2025 – Inovasi, Kolaborasi dan Peningkatan Penjagaan Kesihatan di ASEAN dan Selanjutnya.

INTERNATIONAL HEALTHCARE WEEK 2025

Acara kesihatan perdana Asia Tenggara, International Healthcare Week 2025 (IHW 2025) bakal berlangsung bermula 16 Julai 2025 hingga 18 Julai 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Informa Markets, IHW 2025 bakal menjadi platform transformatif dalam mempercepatkan inovasi kesihatan, memupuk kerjasama rantau dan memacu pertumbuhan ekonomi menerusi sektor kesihatan. 

Disertai oleh lebih 900 pempamer utama tempatan, rantau dan antarabangsa dengan pameran hampir 15,000 produk dan perkhidmatan, acara ini dijangka menarik minat lebih  21,000 profesional dari 50 buah negara. IHW 2025 juga menawarkan peserta peluang keemasan untuk menyertai sesi jaringan, pertukaran pengetahuan dan pembangunan perniagaan. 

SATU LOKASI , 5 ACARA PERDAGANGAN KESIHATAN

Acara yang Tidak Boleh Ditinggalkan

IHW 2025 akan menggabungkan lima pameran perdagangan antarabangsa utama di bawah satu bumbung, meliputi keseluruhan rantaian nilai penjagaan kesihatan dan meningkatkan peluang untuk belajar, bekerjasama, melabur dan mempamerkan inovasi merentasi sektor penjagaan kesihatan, ujar Rungphech (Rose) Chitanuwat, Pengarah Portfolio Rantau – ASEAN, Informa Markets

Setiap pameran disertakan dengan persidangan yang direka khusus untuk keperluan dan pertumbuhan setiap industri: 

  • CPHI Asia Tenggara – merangkumi rantaian bekalan pengeluaran farmaseutikal yang menyeluruh. 
  • WHX Kuala Lumpur (dahulu Asia Health) – tertumpu kepada peranti perubatan, perkhidmatan hospital dan sistem kesihatan. 
  • WHX Labs Kuala Lumpur (dahulu Medlab Asia) – acara makmal perubatan perdana di rantau. 
  • Medtec Asia Tenggara – mengkhusus dalam reka bentuk dan pembuatan peranti dan teknologi perubatan.
  • HIMSS (Persatuan Sistem Pengurusan dan Maklumat Penjagaan)– Persidangan global terkemuka yang meneroka tema utama dalam kesihatan digital termasuk: Kecerdasan Buatan (AI), Inovasi Data, Transformasi Tenaga Kerja dan Penyampaian Penjagaan Saksama. 

“Peserta IHW 2025 akan berpeluang melalui pengalaman unik untuk meneroka pelbagai sektor kesihatan di samping dapat menghadiri 125 sesi persidangan yang dirangka mengikut kepelbagaian sektor kesihatan di bawah satu lokasi.

Format bersepadu ini menghapuskan keperluan untuk bergerak antara acara berasingan, membolehkan peserta memaksimumkan masa dan sumber mereka sambil memperoleh pemahaman menyeluruh tentang arah aliran pasaran terkini, teknologi inovatif dan penyelesaian termaju,”

-komen Rungphech. 

MALAYSIA – MENERAJUI SEKTOR PERUBATAN

“Pengembangan pasaran penjagaan kesihatan Malaysia yang kukuh, sektor pelancongan perubatan yang berkembang pesat, lokasi serantau yang strategik. Sokongan inisiatif kerajaan dan kemajuan berterusan dalam infrastruktur penjagaan kesihatan secara kolektif menjadikan Malaysia hos yang sempurna untuk IHW 2025.

Acara ini akan meneguhkan status Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan perdana di ASEAN dan menjadi penghubung kepada kerjasama kesihatan antarabangsa,”

-kata Rungphech. 

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan penting dalam mempromosikan kerjasama penjagaan kesihatan rantau, membincangkan cabaran kritikal seperti ketahanan rantaian bekalan, pendukungan kesihatan digital dan pembiayaan kesihatan mampan menerusi platform seperti Persidangan Kesihatan EU-ASEAN.

MENGUKUHKAN KERJASAMA PENJAGAAN KESIHATAN RANTAU

IHW 2025 adalah sejajar dengan objektif strategik ASEAN untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan, meningkatkan hasil penjagaan kesihatan dan mempromosikan akses saksama merentasi ahli-ahli.

PLATFORM UTAMA

Acara ini bertujuan sebagai platform utama untuk memupuk jaringan dan kerjasama penting untuk memajukan kerjasama rentas sempadan, mengharmonikan polisi dan meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Persekitaran kolaboratif ini menyokong inisiatif utama rantau termasuk persepaduan kesihatan digital, memerangi penyakit tidak berjangkit dan kesediaan pandemik, sebuah keutamaan yang digariskan oleh cabaran kesihatan awam baru-baru ini di Asia Tenggara.

MATRADE: RAKAN KERJASAMA STRATEGIK DAN KUKUH

Sebagai rakan kerjasama yang bernilai bagi International Healthcare Week 2025, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang merupakan agensi promosi perdagangan kebangsaan Malaysia, memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlihatan dan reputasi global Malaysia dalam sektor penjagaan kesihatan. Melalui promosi dan memupuk kerjasama antarabangsa, MATRADE secara aktif meletakkan Malaysia sebagai hab perubatan rantau di Asia Tenggara dan selanjutnya. 

PENERAJU UTAMA

“International Healthcare Week berfungsi sebagai platform penting yang dapat meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju rantau dalam penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perubatan. Acara berprestij ini bukan sahaja mempromosikan inovasi.

Malah turut menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik minat pempamer bertaraf dunia, delegasi rantau dan antarabangsa serta pakar penjagaan kesihatan ternama ke Malaysia, ini sekaligus meningkatkan perdagangan, perkongsian ilmu dan kemajuan industri.”

-Pengerusi MATRADE, YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican

Sertai kami di IHW 2025

Pengamal kesihatan professional dijemput untuk mendaftar secara dalam talian di https://inthealthcareweek.com/ untuk menjamin tempat mereka di acara percuma ini. Jangan lepaskan peluang terbaik untuk menyumbang dalam membentuk industri penjagaan kesihatan yang semakin berkembang di ASEAN dan seterusnya. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge