ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL, BETUL KE?

Khas untuk adik-adik yang ingin mencuba menjadi seorang ahli farmasi Alpro Pharmacy, ini peluang anda!

ALPRO PHARMACY

Berita baik untuk adik-adik dimana berpeluang meneroka dunia pekerjaan dan merasai pengalaman sebenar sebagai ahli farmasi. Ini boleh diterokai di cawangan terbaharu Alpro Pharmacy di KidZania Kuala Lumpur.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

Di Kidzania pelbagai pekerjaan yang dilakonkan dan dimainkan seperti polis, bomba, pengulas radio Dan terbaru iaitu ahli farmasi.

FARMASI DALAM BANDAR INTERAKTIF?

Sempena meraikan Hari Ahli Farmasi Sedunia pada 25 September ini, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy membuka cawangan terbaharunya di KidZania Kuala Lumpur.

Ia satu-satunya farmasi yang dibuka dalam bandar interaktif kanak-kanak serta tergolong dalam komuniti yang menawarkan lebih 70 simulasi pekerjaan.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

Dengan pembukaan cawangan baharu ini, adik-adik dapat merasai sendiri bagaimana pekerjaan atau profession seorang ahli farmasi secara realiti.

PENTING UNTUK PERKENALKAN DARI AWAL USIA

Pembukaan ini selaras dengan visi mereka untuk dunia yang sihat dan bersemangat.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

“Di Alpro Pharmacy, misi kami adalah untuk menyediakan peluang, kesihatan, dan panduan kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.

“Adalah penting untuk memperkenalkan kanak-kanak lebih awal kepada peranan penting ahli farmasi dalam kehidupan mereka, terutamanya dalam memastikan keselamatan ubat-ubatan.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

“Persekitaran unik KidZania membolehkan kami berinteraksi dengan kanak-kanak melalui aktiviti main peranan yang membina pemikiran kritikal, pengetahuan kendiri, dan kreativiti mereka. Ia juga memupuk nilai-nilai penting dalam kehidupan seperti hormat, tanggungjawab, dan integriti,”

-Ketua Pegawai Farmasi dan Pengarah Penglibatan Alpro Pharmacy, Ph. Lim En Ni.

APA YANG MENARIK CAWANGAN ALPRO PHARMACY DI SINI?

Adik-adik berpeluang meneroka dunia pekerjaan dan merasai pengalaman sebenar sebagai ahli farmasi melalui aktviti interaktif selama 20 minit.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

Seperti alam realiti, cawangan ini mempunyai makmal pengkompaunan. Disini, gel penenang dicipta sendiri di bawah bimbingan profesional. Bukan itu saja gel yang dibuat boleh dibawah pulang. Yang best ya, ianya direka khas bagi menenangkan ekzema serta melegakan kesan lecur yang kecil.

AHLI FARMASI MAIN PERANAN PENTING !

Tema Hari Ahli Farmasi Sedunia pada tahun ini adalah ‘Ahli Farmasi: Memenuhi Keperluan Kesihatan Global,’. Peranan ahli farmasi komuniti dalam usaha memerangi penyakit kronik seperti ekzema, penyakit tidak berjangkit (NCD) dan peralihan status negara tua yang dijangka pada tahun 2030.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

“Dengan lebih daripada 300 cawangan di seluruh negara, ahli farmasi komuniti kami mudah diakses dan bersedia untuk berkhidmat. Terutama pada masyarakat dalam penjagaan kesihatan asas dan pencegahan penyakit.

“Selain daripada nasihat mengenai ubat-ubatan, kami juga menyediakan perkhidmatan seperti berhenti merokok, perancangan keluarga, dan pengurusan kesakitan.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

“Apa yang lebih menarik adalah waktu operasi kami lebih panjang daripada kebanyakan hospital dan klinik. Yang paling penting tidak perlu sebarang janji temu, serta tiada bayaran konsultasi akan dikenakan,”

-sambung Ph. Lim En Ni.

LOKASI ALPRO PHARMACY KIDZANIA

Buat anda yang mahu membawa si kecil merasai pengalaman sebagai ahli farmasi, anda boleh berkunjung di kawasan Kesihatan, Tingkat atas bertentangan dengan hospital.

ALPRO PHARMACY BUKA CAWANGAN DI KIDZANIA KL

Ia terbuka kepada kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas. Waktu operasi bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada setiap hari.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge