Panasonic Malaysia Melancarkan Kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria”
PANASONIC RAKAN BERSIH CERIA
Melancarkan kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” baru-baru ini. Ini bagi meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan tentang standard. Selain juga mengenai tabiat kebersihan yang baik dalam kalangan murid sekolah rendah di negara ini.
INISIATIF PANASONIC
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Panasonic untuk menangani kebimbangan berterusan mengenai tahap kebersihan tandas sekolah. Selain itu, pendekatan Panasonic juga adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan yang holistik.
Ianya selaras dengan visi korporat dan slogannya “Create Today. Enrich Tomorrow.” bagi mewujudkan persekitaran masa depan yang lebih bersih dan sihat untuk semua rakyat Malaysia.
DILANCARKAN OLEH
Majlis pelancaran kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” disempurnakan oleh Encik Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Kuala Lumpur.
Melangkaui pendekatan konvensional kerana ia membabitkan pemasangan tempat duduk bidet manual di tandas sekolah bagi menyumbang ke arah meningkatkan tahap kebersihan. I
Ia sejajar dengan seruan kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa kepada pelajar dan guru. Tidak lupa menerusi langkah menaik taraf aspek penyelenggaraan kemudahan di sekolah.
SOKONGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
“Kami sangat teruja untuk melancarkan inisiatif ini yang diwujudkan dengan sokongan Kementerian Pendidikan. Ini bagi memupuk tabiat lebih sihat dan bersih dalam kalangan murid sekolah sebagaimana identiti Panasonic berakar umbi dalam budaya Jepun.
Salah satu daripadanya ialah memberi penekanan kepada amalan kebersihan, yang menggalakkan aspek kebersihan yang lebih baik, mengurangkan penularan penyakit serta meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.
PIAWAIAN KEBERSIHAN
Lebih penting lagi, dengan menerapkan piawaian kebersihan yang baik sejak dari awal lagi. Kita dapat memperkasakan kanak-kanak untuk bersikap lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan mereka sendiri. Juga menyumbang ke arah memastikan ruang yang lebih bersih dan sihat untuk diri mereka sendiri serta orang lain,”
-kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.
BERKONGSI BUDAYA KEBERSIHAN
“Melalui kempen ini, kami berharap dapat berkongsi budaya kebersihan dan memberi gambaran masa depan di mana kebersihan bukan sekadar amalan, tetapi gaya hidup dan tabiat sihat sepanjang hayat sebagai sebahagian daripada pembangunan pelajar,”
-tambah Nishida.
Kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” melibatkan penyertaan sejumlah 25 sekolah rendah di seluruh Lembah Klang. Dengan piawaian kesihatan yang baik sebagai asas kepada kebersihan tandas dan persekitaran yang lebih sihat serta bersih untuk semua.
BENGKEL TENTANG KEPENTINGAN KEBERSIHAN
Panasonic turut mengadakan bengkel bermaklumat dan menarik bagi mendidik pelajar tentang kepentingan kebersihan serta amalan penggunaan tandas yang baik. Bengkel ini dibentuk berlandaskan aktiviti yang menarik.
Bagi memastikan pelajar membuat persediaan rapi untuk menjalani kehidupan di luar bilik darjah, seterusnya membentuk mereka ke arah mengamalkan gaya hidup bersih.
Panasonic juga mengedarkan bahan pembelajaran, termasuk poster yang menekankan aspek mesra alam serta amalan kebersihan dan keselesaan tandas dengan tumpuan khusus pada penggunaan bidet.
KONSEP BIDET AR15 PANASONIC
Bidet yang dipasang di bawah inisitif ini adalah Konsep Bidet AR15 Panasonic. Menawarkan pengalaman mencuci tanpa kerumitan. Dipertingkatkan dengan fungsi anti-bakteria Ag+ pada tempat duduk yang dapat membasmi sehingga 99%* bakteria pada permukaan tempat duduk.
Penggunaan produk ini dapat menyumbang kepada persekitaran tandas yang lebih bersih dan selesa.
Untuk maklumat lanjut tentang bidet yang digunakan dalam inisiatif ini, sila layari DL-AR15D Bidet – Panasonic Malaysia dan DL-AR15R Bidet – Panasonic Malaysia. Bidet boleh dibeli dalam talian melalui Hygienic EzyClean DL-AR15DWM – D-Shape (panasonic.com) and Hygienic EzyClean DL-AR15RWM – Round Shape (panasonic.com).