Konsert SAL PRIADI ZUZUZAZA pasti akan menjadi salah satu acara muzik yang paling dinantikan di Kuala Lumpur.
SAL PRIADI
Tak sabar menanti kehadiran bulan Oktober ini, terutama bagi peminat muzik tanah air. Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Malang, Indonesia, Salmanto Ashrizky Priadi. Atau lebih dikenali sebagai Sal Priadi, akan memukau peminatnya di Malaysia pada 13 Oktober 2024.
SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR
Konsert bertajuk ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ ini akan berlangsung di Dewan Zepp Kuala Lumpur mulai jam 8:00 malam. Ini hasil anjuran Kharisma Music, sebuah syarikat penganjur konsert terkemuka yang dikenali ramai.
BUAT PEMINAT DI MALAYSIA
Konsert ini merupakan usaha untuk membawa hiburan secara langsung kepada peminat Sal di Malaysia dan seluruh Asia.
“Kami berhasrat untuk menghadirkan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Di mana peminat berpeluang menyaksikan persembahan langsung dari salah seorang bintang muzik yang paling bersinar dalam industri muzik Indonesia,”
-Ketua Pengarah Eksekutif Kharisma Music, En. Ahmad Jeffny
Sal Priadi terkenal dengan liriknya yang puitis dan melodi yang mampu menyentuh jiwa. Dalam konsert ini, beliau dijadualkan membawa penonton melalui satu perjalanan emosional yang mengasyikkan.
SIRI JELAJAH UNTUK 2024
“Ini adalah kali pertama saya mengadakan persembahan berskala besar di Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’. Saya berbesar hati untuk mempersembahkan lagu-lagu dari album kedua saya, ‘Markers & Such Pens Flashdisks’. Mengekspresikan semangat kreativiti dan keyakinan untuk mencipta sesuatu yang bermakna,”
-kata Sal Priadi dengan penuh semangat.
KUALA LUMPUR DEKAT DI HATI SAYA
Sal juga menceritakan pengalaman manisnya semasa kunjungan ke Kuala Lumpur pada tahun lalu.
“Kuala Lumpur mempunyai makna yang istimewa dan dekat di hati saya. Setelah melakukan showcase album tahun lalu, saya merasakan perlunya berkongsi pengalaman tersebut dengan peminat dalam bentuk konsert yang lebih besar dan meriah. Saya ingin mencipta momen yang akan diingati oleh semua,”
-ujarnya.
LEBIH 20 LAGU
Para peminat berpeluang untuk menikmati persembahan yang dijadualkan berlangsung selama dua jam, di mana Sal Priadi akan menyanyikan hampir 20 buah lagu dari kedua-dua album beliau.
Bukan hanya itu, penonton juga akan disajikan dengan paparan audio visual yang kreatif, yang direka khas untuk menonjolkan jalan cerita di sebalik setiap lagu yang dinyanyikan. Ini pastinya akan menambah lagi pengalaman menonton yang lebih mendalam dan mengasyikkan.
PLATFORM UNTUK BERINTERAKSI DENGAN PEMINAT
“Kami sangat teruja untuk membawa Sal ke Kuala Lumpur. Konsert ini akan menjadi platform bagi Sal untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminatnya. Kami yakin ia akan menjadi malam yang penuh keajaiban dan kenangan indah yang akan kekal dalam ingatan semua.”
Selain itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada syarikat penerbangan Citilink Indonesia yang menaja penerbangan untuk Sal. Serta rakan penaja lain seperti Intan Gelombang dan Futurace. Rakan radio rasmi, ERA, dan rakan media rasmi, Gempak.com, juga tidak dilupakan dalam menyokong acara ini.
HARGA TIKET
Para peminat dinasihatkan untuk tidak menunggu lama dan segera mendapatkan tiket konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’,
– Dari Planet Lain [VIP Standing] – RM258
– Gala Bunga Matahari [Standing] – RM158
– Amin Paling Serius [VIP Seated] – RM258
– Foto Kita Blur [Normal Seated] – RM188
– VVIP Box – RM4,000
Dengan pelbagai elemen yang menarik dan menjanjikan pengalaman luar biasa, konsert ini pasti akan menjadi salah satu acara muzik yang paling dinantikan di Kuala Lumpur.