THE CATCHER FILEM TERMAHAL MALAYSIA BEST KE?

THE CATCHER FILEM TERMAHAL MALAYSIA BETUL KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda peminat kereta? Kereta lumba ataupun kereta mahal? Ini cerita best untuk anda.

THE CATCHER

Filem bercorak aksi lumba kereta jalanan ‘street racing’, ‘The Catcher’ yang akan diterbitkan tidak lama lagi dikhabarkan bakal menjadi filem termahal dalam sejarah perfileman Malaysia.

Pelancaran projek filem tersebut yang diadakan, filem ini bakal dihasilkan dengan kos pembikinan bernilai RM50 juta.

Ini adalah hasil kerjasama Labuan Overseas Holding Berhad dan Robotz. Bakal diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd.

500 BUAH KERETA BERKUASA TINGGI ADA?

Kos penerbitan filem ‘The Catcher’ menelan kos yang besar kerana ia bakal melibatkan sebanyak 500 buah kereta berkuasa tinggi “Supercars”. Bukan satu tapi pelbagai jenama.

Tidak termasuk dengan pembangunan Port Dickson Bay Studio yang bakal menjadi lokasi pengambaran filem tersebut.

“Kita akan memanfaatkan ciri-ciri sesebuah jenama yang tersendiri dan nilai sejarah perniagaannya untuk membangunkan harta intelek (IP) bersama dengan akreditiasi bernilai tinggi.

Berdasarkan jenama-jenama prestasi kereta lumba yang boleh dijadikan tarikan seperti jenama hotel, bandar automotif, stesyen minyak, taman tema dan sebagainya.

Sebahagian dari filem ini akan difilemkan di Port Dickson Bay. Ini bukan sahaja meransang pasaran industri perfileman.

Dapat mempromosikan pelbagai aktiviti termasuk pembangunan Port Dickson Bay Studio yang dapat meningkatkan industri pelancongan & hospitaliti, peruncitan, F&B, hartanah, automotif dan sebagainya,”

-kata En Ong Peng Chu, pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd.

BAJET LEBIH 50 JUTA?

Bajet melebihi RM 50 juta untuk filem ini. filem “The Catcher” akan memaparkan gaya hidup dan budaya pengubahsuaian kereta di Malaysia.

Filem ini juga akan memecahkan rekod dunia dengan menampilkan 500 buah “supercar” dalam filem ini. Kesemua kereta yang digunakan dalam filem ini dimiliki oleh ahli-ahli Robotz Car Club.

Turut sama menyumbangkan wang tunai dalam pengumpulan dana untuk filem ini.

“Supercar disukai oleh semua orang, dari pelbagai latar belakang. Sebagai peminat “supercar. Kami di Robotz diinspirasikan oleh kejayaan francais filem “Fast & Furious” lakonan Vin Diesel dan Paul Walke.

Harapan untuk mengulangi kejayaan filem tersebut. Penglibatan dalam menghasilkan sejarah melalui filem yang memecahkan rekod ini memberikan kegembiraan dan kebanggaan kepada kami”.

-kata pengasas Robotz, Dato’ Sri Jeffrey Teoh

TERUJA DI MANA FILEM INI LAIN DARI YANG LAIN!

“Kami berjaya menjana dana untuk projek-projek dalam dan luar negara. Ini merupakan projek yang amat menarik.

Kami menyokong projek ini, bukan sahaja kerana ia akan memecah rekod, tetapi kerana tarikan nilai tambahan kepada para pelabur yang berpotensi.

Ianya menjadi kebiasaan untuk filem yang luar biasa seperti ini menarik perhatian ramai, terutamanya pelabur-pelabur yang bernilai tinggi.

Kami teruja dengan pelancaran filem ini, dan kami menantikan untuk membangunkan perniagaan yang berpotensi besar.

Bakal ada peluang pelaburan dalam industri permotoran, secara langsung dan tidak langsung, menuju untuk pemulihan ekonomi Malaysia”.

-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Berhad, En Burhanudin bin Mohd Yusoff

BAPA SUKAN PEMOTORAN CHINA

Pembikinan filem “The Catcher” turut akan melibatkan En Joe Lim yang turut dikenali sebagai “Bapa Sukan Permotoran China’.

Sebagai penasihat kerana pengalaman beliau yang luas dalam aspek kejuruteraan dan teknikal. Selain individu yang bertanggungjawab memperkenalkan sukan permotoran di China.

“Di China, saya mendapati bahawa apa yang kita lakukan di dalam litar menjadi pemangkin kepada pasaran dan memberi persepi terhadap kereta.

Dengan memperkenalan siri FIA yang asas dan ketahap yang lebih tinggi seperti Formula Grand Prix di Shanghai.

kejayaan sukan permotoran sebagai model perniagaan menjadi jelas. Dan dari itu, saya melihat potensinya dari permulaan industri ke arah menerajui pembangunan kereta bagi pasaran China”.

UNTUNGNYA ORANG GURUN, KEDAH

Pengambaran beberapa babak di dalam filem ini juga bakal dilakukan sekitar Gurun, Kedah. Bandar ini bakal menonjolkan hotel berjenama kereta antarabangsa terkenal.

Sebuah litar perlumbaan Formula 3 / GT / EV (Formula E) dan litar perlumbaan drag, servis penambahbaikkan dan modifikasi. Akademi memandu speed-safety yang diakreditasi.

Selain itu sebuah Kolej Kejuruteraan Automatif. Gurun didapati berpotensi untuk menjadi lokasi perfileman bagi penggiat filem penuh aksi antarbangsa.

Bandar bertema ini juga bakal menjadi lokasi perfileman rasmi untuk siri TV antarabangsa dan filem tayangan yang berkait dengan francais “The Catcher”.

Skrip untuk filem ini akan dimuktamadkan dan pencarian bakat bakal menyusul. Produksi untuk ‘The Catcher’ bakal bermula pada tahun 2022. Jangkaan siap pada tahun 2023 sebagai filem yang mempunyai bajet yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge