LULU FOOD FESTIVAL 2021 KINI KEMBALI PASTI BEST BANYAK PILIHAN | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Antara tempat yang selalu KP pergi untuk ‘top up’ barang dapur di rumah. Kini bukan saja barangan dapur mahupun keperluan rumah tapi ada juga hidangan sedia di makan ye.
LULU FOOD FESTIVAL 2021
Kali ni KP nak share untuk semua pembaca. LuLu bukan setakat pasaraya menjual barangan dapur, keperluan rumah, pakaian, barangan elekrtrik dan pelbagai lagi.
Hidangan panas pun dah ada ye. Festival makanan ini berlangsung dari 1 Oktober hingga 13 Oktober 2021 di semua pasaraya LuLu Hypermarket.
ANTARA HIDANGAN
Ini antara yang memikat hati apabila berada di ruangan makanan panas. Mana tak pilihan ayam panggang saja ada lebih dari 3 jenis seperti Lime & Herbs, Peri-Peri , Tandoori dan lain. Nak seekor boleh, sepotong pun boleh
Ada booth dibuka dibahagian makanan panas. Setiap hari hidangan panas ini akan bertukar dan boleh buat pilih sendiri hidangan yang diinginkan. Spaghetti pun ada buat anda peminat ala- Western.
Ambil sendiri banyak mana yang diinginkan dan kemudian timbang untuk ketahui harganya. Siap boleh bayar
PILIHAN NASI
Nasi Pulao Cendawan.
Nama sangat unik dimana ianya adalah hidangan nasi yang dimasak bersama bahan utama cendawan
Nasi Mandhi Ayam & Beriyani Ayam
Yang ini perlu dicuba. Tak rugi kerana harga yang ditawarkan berpatutan. Siap dengan air dan 2 side dish nya. Nak Briyani Ayam Thalassery atau Briyani Kambing Chennai pun ada.
Menu lain pun ada juga Vegetable Manchurian Dry, Murgh Makhni
Ruang Bakery
Pun ada juga. Sempena Lulu Food Festival 2021 produk roti yang turut diberi diskaun. Roti yang dimasak panas panas. Dari muffin ke roti ke kek , bawah satu bumbung semuanya.
Nak manisan pun ada juga dimana manisan disini memang popular di negara Asia Barat.
Barangan dapur
Area yang paling KP suka sebab semuanya segar dan pelbagai pilihan ada. Nak yang tempatan mahupun antarabangsa pun ada ye.
Bolehlah beli ayam, ikan, sayur, beras, susu, makanan sejuk beku dan pelbagai lagi.
nak barangan dapur yang lain pun ada.
MANA SATU OFFER?
Jika membeli pastikan yang ada ‘World Food 21’ itu adalah offer terkini yang sedang berlangsung.
Coklat pun ada ya.. Harga pun boleh tahan .Memang ada terdapat beberapa jenama yang turut menawarkan harga promosi bersempena dengan Lulu Food Festival 2021.
Produk kekacang dan kurma yang ditawarkan pada harga istimewa
LULU COUPON CRAZE
Tebus Kupon Diskaun RM50 sekiranya berbelanja di bahagian supermarket lebih daripada RM100.
Kupon diskaun ini hanya boleh digunakan untuk sebarang pembelian di Bahagian Fesyen (harga normal) minimum RM100.
Contohnya jika korang membeli baju RM100, guna kupon ini dan hanya perlu membayar RM50 sahaja.
Dari kasut, pakaian, baju, saree, beg dan aksesori. Lihat pada promosi under ‘LuLu Coupon Craze‘. Memang jimat banyak!!
Nak juga diskaun yang ada tetapi kekangan masa! Tak perlu risau sebab semua promosi ini masih lagi ‘valid’ walau anda membeli melalui online. Apa lagi klik di