Sebuah jenama susu soya popular di bawah Ace Canning Corporation Sdn Bhd yang dikenali sebagai HOMESOY, telah melancarkan kempen kesedaran baharu yang dinamakan HOMESOY 3.0 “STOP THAT DOT”
KEMPEN HOMESOY 3.0 “STOP THAT DOT”
Dengan fokus utama untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dan menggalakkan pengesanan awal di kalangan wanita Malaysia. Kempen ini menekankan kepentingan pengesanan awal sebagai langkah penting untuk menyelamatkan nyawa, di samping memperkenalkan manfaat kacang soya dalam pemakanan harian.
KEPENTINGAN SARINGAN AWAL KANSER PAYUDARA
Melalui kempen STOP THAT DOT, HOMESOY berharap dapat mendidik masyarakat mengenai kepentingan saringan awal kanser payudara. Mampu meningkatkan kadar kelangsungan hidup jika dikesan pada peringkat awal. Kanser payudara terus menjadi ancaman utama kepada kesihatan wanita di Malaysia. Di mana pengesanan awal boleh menjadi penentu sama ada seseorang pesakit boleh sembuh sepenuhnya atau tidak.
SIMBOL KEMPEN PINK BALL “STOP THAT DOT”
Salah satu simbol kempen ini adalah Pink Ball “STOP THAT DOT” mewakili sel kanser yang kecil seperti titik, tetapi berpotensi menjadi bahaya besar jika tidak dikesan awal. Pesanannya jelas – sekecil mana pun tanda atau gejala, langkah awal adalah kunci untuk mencegah kanser daripada berkembang.
Kempen ini dilancarkan dengan satu filem yang menyentuh perasaan serta laman mikro khas yang menyediakan maklumat penting kepada pengguna tentang bagaimana mereka boleh menyokong kempen ini hanya dengan satu klik.
MENYOKONG WANITA USAHA MENCEGAH KANSER PAYUDARA
“Komitmen syarikat untuk menyokong wanita Malaysia dalam usaha mencegah kanser payudara. Menurutnya, “Di HOMESOY, kami percaya bahawa perjuangan melawan kanser payudara bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi juga masyarakat secara keseluruhan.
Melalui kempen STOP THAT DOT dan inisiatif #ScanNowSpotEarly, kami ingin menyebarkan mesej. Bahawa pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa, dan wanita tidak harus berjuang sendirian dalam menghadapi cabaran ini.”
“Selain menyediakan susu soya yang lazat dan berkhasiat, HOMESOY 3.0 juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesihatan wanita. Melalui kerjasama dengan Cancer Research Malaysia (CRMY), ingin memastikan wanita mendapat maklumat yang betul mengenai pemakanan soya dan pencegahan kanser,”
-kongsi Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation, Chang Wan Ping
INSIPRASI ENAM SURVIVOR
Kempen STOP THAT DOT turut menampilkan kisah inspirasi daripada enam ‘survivor’ kanser payudara yang telah melalui perjalanan sukar melawan penyakit ini. Filem kempen ini menyoroti kisah-kisah peribadi mereka yang telah berjaya pulih, menekankan betapa pentingnya pengesanan awal dan tindakan segera.
KISAH MENYENTUH HATI
Antara kisah yang paling menyentuh hati adalah milik Tan Chieu Mei, seorang ibu yang berjaya pulih daripada kanser payudara setelah menjalani saringan awal.
“Bagi saya, kemenangan terbesar adalah apabila saya dapat meraikan satu lagi hari jadi bersama anak saya,”. Pengalamannya menekankan kepentingan kesedaran awal dan bagaimana saringan dapat menyelamatkan nyawa.
ISOFLAVON SOYA, APA TU?
Soya telah lama dikaji kerana manfaatnya terhadap kesihatan, terutama dalam pencegahan kanser. Kajian menunjukkan isoflavon dalam soya mempunyai potensi untuk melindungi wanita daripada kanser payudara.
“Isoflavon soya, yang bertindak sebagai fitoestrogen, boleh membantu mengurangkan risiko kanser dengan bersaing dengan estrogen semula jadi dalam tubuh,”
-Profesor Dr. Cheong Sok Ching, Ketua Pegawai Saintifik CRMY
SUMBANGAN TAHUNAN KEPADA CRMY
HOMESOY juga memberi sumbangan tahunan sebanyak RM50,000 kepada CRMY untuk menyokong penyelidikan mereka tentang pencegahan dan rawatan kanser payudara.
Melalui kerjasama ini, mereka berharap dapat mendidik lebih ramai wanita tentang kebaikan soya dan pengambilan susu soya dalam diet harian sebagai satu langkah proaktif untuk kesihatan.
Untuk memperluaskan impak kempen ini, lebih 20 hospital swasta di seluruh negara untuk menawarkan saringan payudara percuma. Setiap individu yang menjalani saringan akan menerima pek susu soya HOMESOY 3.0 percuma sebagai tanda sokongan kempen.
Kempen ini berlangsung dari 7 Oktober sehingga akhir bulan, dengan sokongan pelbagai rakan kongsi dari industri runcit dan bukan runcit.