BUFET KEMBALINYA RAMADAN DI PAYA SERAI, HILTON PJ BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih lagi lokasi untuk berbuka puasa bulan Ramadan. Pilihan kali ini menarik kerna dari pelbagai hidangan ada.
Kali ini, Hilton Petaling Jaya menjadi pilihan KP untuk berbuka puasa bersama family tersayang. Lokasi yang strategik dan kemudahan seperti parking tidak perlu risau.
BUFET KEMBALINYA RAMADAN
Untuk bufet tahun ini bertemakan Kembalinya Ramadan. Sejajar dengan kite baru memasuki fasa endemik seperti mengembalikan kembali suasana Ramadan sebelum dilanda Covid-19.
Lebih dari 150 hidangan istimewa dari Malaysia, Asia Tengah mahupun Barat disajikan buat para pengunjung setia.
Bufet Kembalinya Ramadan di Paya Serai setiap hari mulai 2 April hingga 2 Mei 2022. Bermula dari jam 630 petang hingga 10 malam. Boleh makan berulang kali.
JELAJAH SELERA BERSAMA HILTON
Bufet makan malam ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Jelajah Selera Bersama Hilton’ diseluruh hotel di Malaysia.
Tema tahun ini memberi peluang buat penggemar makanan untuk meneroka citarasa ikonik Malaysia terutamanya,
“Pandemik mengajar kami untuk menghargai masa berkualiti bersama mereka yang tersayang terutama keluarga jua rakan-rakan. Kini dapat berkumpul bersama menghayati semangat perayaan bagi tahun ini.
Hilton Petaling Jaya menjemput semua untuk berkumpul dan mencipta kenangan baru sempena Ramadan yang baru tiba”
-kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi , Eugene Oelofse.
HIDANGAN WAJIB DI CUBA
Antara hidangan yang wajib di cuba apabila berbuka di Paya Serai adalah
Daging Batang Pinang dibakar dengan Pastri Ranggup. Ataupun dikenali dengan Beef Wellington. Hidangan yang ini biasanya akan ada di waktu perayaan Krismas. Special untuk tahun ini ada.
Menggunakan daging batang pinang. Memang sedap dan semestinya pastri terbaik
Ayam Belanda Panggang
Ulam dan Kerabu pun ada. Ulam kampung memang terbaik. Semua ada.
Ini antara kerabu pilihan , Pucuk paku
Kerabu Sotong
Kambing Golek “ Tandoori” with Biryani Rice
Itik Bakar Ranggup
Masak Lemak Siput Sedut
Ikan Tiga Rasa pun ada
Premium Signatures:
-Tulang Rusuk Pendek Rebus Panggang
-Kambing Golek “ Tandoori” with Biryani Rice
-Ayam Belanda Panggang
-Kaki Kambing Bakar
-Daging Tulang Rusuk Mata Panggang
-Biryani kaki kambing
-Lamb Shank Briyani
-Itik Bakar Ranggup
-Seafood Thermidors
-Daging Rusuk Panggang dengan air asam
-Daging Batang Pinang dibakar dengan Pastri Ranggup.
HIDANGAN MAKANAN CINA
Nasi Goreng Cina
Udang buttermilk. Memang creamy and tak cukup 2 ekor.
Isi ikan fillet
Yang nie bila nak makan baru letak sup didalam mangkuk nie.
Sayur campur Chinese Style
Antara menu tradisional ada juga
-Sup Tulang Rawan
-Kabsah Kambung Panggang dengan Nasi Mandy
-Ayam Shawarma
-Ayam Teppanyaki
-Bubur Lambuk
-Pelbagai Barbeku
-Briyani Ayam, Kambing dan Daging Lembu
SEAFOOD THERMIDORS
Yang ini dah boleh di makan kerna dah direbus, Ada yang makan begitu saja atau cicah dengan Tobasco ataupun dressing seperti mayonis jua Thousand Island.
Bila dibuang kulit, isinya ternyata segar dan terasa manis pada seafood pilihan.
Nak yang bakar pun ada. Tinggal pilih dan beri pada chef untuk masakkan . Senang , cepat dan mudah. Jadi sementara nak tunggu siap boleh layan menu lain dulu.
Mee kari – bahan dah siap tinggal nak letak dan bubuh sendiri
Sushi . Untuk anda yang menggemari hidangan sushi atau makanan Jepun pun ada.
PENCUCI MULUT
Tak sah kalau tak singgah area sini. Yang dikongsikan nie diantaranya saja. Kalau nak letak semuanya di sini tak cukup karang.
Dari kuih muih tradisional ,ke kuih moden semuanya ada.
Tapai pulut, tapai ubi pun ada, berbaloi berbuka di sini. Nak kuih raya pun ada. Dari kuih bangkit, rempeyek, tart dan macam -macam lagi lah.
ABC wajib sebagai penutup. Untuk anak-anak comel jangan miss kaunter aiskrim. Rugilah kalau tak makan sebelum balik.
Kek pun ada tinggal pilih bawa ke meja dan nikmatinya.
HARGA
Harga mampu milik iaitu RM 198 nett untuk dewasa dan RM 98 nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Eh lebih dari 150 hidangan ada untuk dinikmati ketika berbuka puasa nanti
BUFET RAMADAN DI KRISTAL BALLROOM
Jika ingin berbuka puasa secara berkumpulan , majlis korporat, perjumpaan untuk keluarga atau rakan-rakan pun ada. Semua hidangan akan berada di dalam dewan tersebut.
Harga adalah RM 148 bagi dewasa dan RM 78 bagi kanak-kanak . Baucar jamuan Ramadan ini boleh di beli melalui
Website | Contact 03- 7955 9122 | PETHI_FB@hilton.com | Take Us Home