LUGAR DE LA BODA PROMOSI BUFET RAMADAN 2022, BEST KE?

LUGAR DE LA BODA PROMOSI BUFET RAMADAN 2022, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahun ini berpuasa dengan kelainan. Mana taknya kan kite baru masuk era-endemik.

Walaupun era -endemik, bufet ramadan masih lagi menjadi pilihan selain bazar. Makan pula dengan mereka yang tersayang ataupun rakan-rakan sekerja.

LUGAR DE LA BODA, PUCHONG

Untuk kali ini, inilah lokasi pilihan KP sekeluarga. Bertemakan Iftar Ramadan ,ianya diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Antara Bufet Ramadan Selangor yang menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall ‘live cooking’.

Bufet di adakan di dewan perkahwinan milik Lugar De La Boda @ Puchong. Bermula dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022 dari 6.30 petang hingga 9malam.

Untuk menu utama, Lugar De La Boda di Puchong ada menghidangkan pelbagai nasi. Yang menarik buat KP adalah seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Cili Padi.

Ada juga Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Sambal Sotong, Sambal Kerang dan banyak lagi

LIVE COOKING STALL

Nak hidangan lain dari yang lain? Di luar terdapat 11 stall makanan dan ‘Live Cooking’ untuk dicuba. Pilih lah dari Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung.

Nak hidangan Cina, mahupun Jepun pun ada seperti Dim Sum Cheng Ho, Tepanyaki Tokyo, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain, Fried Corner, Ais Krim Corner dan Soup Of The Day.

PENCUCI MULUT

Bak kata orang tak sah kalau takde pencuci mulut kalau menikmati hidangan bufet. Antara yang ada Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.

KEMUDAHAN SURAU?

Selain agak luas, kawasan yang terbuka, susun aturnya juga mengutamakan penjarakan sosial. Ya, masih lagi mempratikkan SOP.

Bagi Muslimin dan Muslimat yang ingin mendirikan solat Maghrib dan Isyak, surau juga turut disediakan dan tandasnya juga selesa.

HARGANYA ?

Harga Bufet Ramadan adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) – RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) – RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) – RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) – RM520

Apa lagi, tak usah risau atau gundah. Cepat-cepat booking takut melepas.

Facebook |

Contact 016-3111074 – ZURAINI | 016-4318434 – LIANA | 016-6700473 – SHAIDATUL |

016-6700752 – HANIS | 016-6700457 – FARAH |016-6700471 – AIDA

Alamat : Lugar De La Boda, Puchong Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,

Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,Lake Vista, 47100 Puchong,Selangor.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge