HOTEL TENERA KEMBALI DENGAN BUFET RAMADAN, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah kini hotel-hotel sudah mula nampak berkongsi bufet Ramadan yang dianjurkan.
HOTEL TENERA
Kini menawarkan kepelbagaian dalam menu bufet Ramadan. Bertemakan Balik Kampung bermula pada 4 hingga 30 April 2022.
Seperti biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa. Mana taknya sajian yang sedap, tempatnya yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga.
HIDANGAN WARISAN MELAYU
Hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai di luar sana yang menggemari masakan tradisional. Sekaligus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka berpuasa di desa.
Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazar Ramadan. Terdapat 20 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai
Antaranya Rendang Ayam Utara, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Daging Tetel Gulai Rebung, Sambal Udang Petai Siseh.
Ada juga Sotong Goreng Percik, Udang Kelapa Parut, Ayam Ungkep, Ikan Talang Gulai Nenas dan lain-lain lagi.
LIDAH BAKAR MULUT SENGET
Ini bukan cubaan tetapi betul-betul tau. Antara hidangan lain yang pastinya tidak dilupakan adalah Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget.
Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi.
CEF SAHISAL AZRUL
100 menu hidangan bertemakan Balik Kampung adalah hasil air tangan eksekutif cef berpengalaman Cef Sahisal Azrul.
Antara menu yang disediakan Ayam Hot Peri-Peri ‘Yaribaaa’, Seafood Goreng ‘KAVA’, Pasta World, Picolomondo Pizza, Yong Tau Foo dan Sup Gear Box Kampung Utara.
Tidak dilupakan juga Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, Goreng-Goreng Mak Tom, Abe Keropok, aneka mi goreng dan roti serta banyak lagi.
PENCUCI MULUT PUN ADA
Tema Balik kampung kali ini juga turut menghidangkan aneka pencuci mulut seperti Cendol Sawit Tok Ram, Apam Balik Moden, Kuih Serabai.
Tepung Pelita, Talam Keladi, Bubur Semanis Awak, Bakar Bijan, serta pelbagai jenis aiskrim.
HARGA BUFET RAMADAN
Sungguh ‘mewah’ aneka juadah yang disajikan namun harganya tetap berpatutan. Bufet Ramadan 2022 bertemakan Balik Kampung di Grand Ballroom Hotel Tenera ini menawarkan harga RM118 seorang.
PRODUK TERBARU DARI HOTEL TENERA
Istimewa Ramadan kali ini, Hotel Tenera telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu Pes Masakan.
Pes masakan ini terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis. Semua pes ini digunakan dalam hidangan masakan Bufet Ramadan pada tahun ini.
Sepanjang Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa potongan 10% diskaun untuk setiap pembelian Pes Kombo yang harga asalnya RM35.
Facebook | Contact : 03-89299600 | 0193854796/019-3592796