THE GOLDEN TICKET GANJARAN LEBIH RM400,000 MENANTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kumpulan Syarikat Suria KLCC kini kembali dengan mendekatkan diri dengan para pelanggan. Menghargai kesetiaan para pelanggan selama ini.
THE GOLDEN TICKET
Kempen ‘The Golden Ticket’ menyediakan baucar yang mencecah nilai hampir RM450,000 kepada para pelanggan. Ini adalah kempen terbaru di bawah naungan kumpulan tersebut bagi tempoh suku akhir tahun 2021.
Pelbagai maklum balas positif dari kempen Golden Ticket menjadikan ia satu kempen yang kini diingati oleh pengunjung setia kami. Apakah titik pengukur kemeriahan kempen “Golden Ticket” ini?
Dengan hanya melakukan pembelian di rangkaian pusat beli-belah kami yang terpilih, para pembeli mampu menikmati nilai ganjaran istimewa setiap hari. Dengan erti kata lain, setiap pelanggan yang berbelanja di rangkaian pusat beli-belah terpilih kami, akan diraikan!”
Kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada mereka dikala menginjak suku akhir tahun ini. Bagi terus mengekalkan prestasi dan rekod, rangkaian pusat beli-belah kami akan sentiasa mengekalkan keselamatan dan kebersihan.
Kami mengambil langkah bersepadu dan jitu dalam mengekalkan kawalan ketat terhadap SOP. Akhir kata, kempen ini adalah tanda penghargaan kecil kami dalam menghargai dan menyanjungi para pelanggan kami”
-kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
KEMPEN 16 HARI
Sepanjang tempoh 16 hari bermula dari 9 Oktober, para pembeli bepeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dengan membuka salah satu kotak misteri yang dipilih daripada 100 kotak yang lain.
Kotak misteri ini akan ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall, yang mana para pembeli berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ atau ‘Purple Ticket’. ‘
GOLDEN TICKET
Golden Ticket’ adalah himpunan baucar beli-belah yang bernilai RM5,000, Peluang untuk memenangi akan diadakan pada sesi pagi dan sesi tengahari, sejumlah 32 pemenang akan membawa pulang baucar beli-belah yang bernilai RM5,000 setiap seorang.
PURPLE TICKET
Purple Ticket’ melalui akan membawa pulang baucar beli-belah Suria KLCC yang bernilai RM50. Bagi ‘Purple Ticket’, lebih daripada 3000 baucar beli-belah yang bernilai RM50 dengan nilai terkumpul sebanyak RM158,000 bakal dimenangi dan sebanyak 99 baucar akan diberikan pada dua sesi setiap hari.
SENANG SAJA NAK JOIN
Para pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam dua resit dari mana mana kedai terpilih di Suria KLCC layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.
Bagi merancakkan lagi kempen ini, Suria KLCC akan memberi pakej percutian “staycation” dua hari satu malam di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan cabutan akan dibuat pada acara penutupan tirai kempen tersebut.
MESRA MALL PUN ADA KEMPEN NI
Centre Court Pusat Beli Belah Mesra Mall, Kemaman pada 22 November untuk para pelanggan yang berbelanja sekurang kurangnya RM250 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih.
Lebih dari 2,000 pembeli akan membawa pulang baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM30 setiap seorang. Selain daripada berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ yang berbentuk baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM 1,000. Secara keseluruhan, sejumlah 45 ‘Golden Ticket’ akan diberikan.
Tebusan hadiah terhad untuk 1 kemasukan bagi setiap pembeli untuk setiap hari, sementara stok masih ada. Terma dan syarat lengkap boleh didapati di laman sesawang Suria KLCC dan Mesra Mall.
Untuk informasi lanjut
Website Suria KLCC| Facebook KLCC |
Website Mesra Mall | Facebook Mesra Mall