Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

the Curve Meraikan Ibu Tunggal Sempena Raya Aidilfitri 

the Curve tidak pernah lupa untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik pada musim perayaan. Kali ini the Curve berkolaborasi dengan Simply Cookies dan Persatuan Wanita Bersatu Berwawasan Malaysia (PWBBM) adalah insisiatif pertama kali bersama pusat membeli belah ini. Buat anda yang tidak tahu , PWBBM merupakan sebuah organisasi yang membantu ibu-ibu tunggal melalui pemberian bantuan asas, nasihat kewangan dan banyak lagi.

“Pihak the Curve membantu organisasi ini dengan memberikan ruang niaga secara percuma untuk setiap hujung minggu selama 5 minggu bagi menjual produk-produk biskut mereka kepada para pengunjung pusat membeli belah itu. “Melalui perkongsian ini, diharap organisasi ini dapat menjana pendapatan bagi meningkatkan kedudukkan kewangan mereka, selain agar mereka dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan pernuh bermakna”,

 En. Jazmi Kamarudin, selaku Pengurus Besar the Curve sewaktu berucap dan seterusnya melancarkan Raya di the Curve

Alhamdulilah majlis penyerahan sumbangan dan berbuka puasa telah diadakan oleh pihak the Curve bagi meraikan tetamu istimewa yang terdiri dari 11 ibu tunggal dari PWBBM bersama-sama anak mereka. Lebih meriah lagi apabila tetamu undangan yang istimewa, Ziana Zain turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Sebelum itu para tetamu telah di hiburkan dengan tarian Ahlan Wa Sahlan di Centre Court dimana kali ini tema dan hiasannya adalah seni bina Islam klasik yang bercirikan rumah agam Sheikh Manor

. Sebaik sahaja persembahan , tetamu istimewa ini telah menerima duit raya dari pihak the Curve serta sumbangan barangan dari Pesona Warisan, Nusantara Creations, La Divine dan Waarna. Lebih menarik lagi Ziana Zain juga turut menyampaikan hadiah dari Ziana Zain’s World shawl dan duit raya kepada ibu tunggal ini. Para tetamu kemudian berbuka puasa di Ah Tuan Ee

Promosi Raya di the Curve

Dari 26 Mei hingga 27 Jun 2017, kempen Raya the Curve akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik serta persembahan. Antaranya tarian musikal, persembahan Gambus Raya dan Bengkel Seni Khat yang diadakan pada hujung minggu dan cuti umum. Pengunjung juga boleh berhibur dengan persembahan Jazzy Raya pada Jummat malam.

Pada bulan Ramadan ini, pengunjung yang membuat belian RM200 ke atas dalam 2 resit maksimum akan layak mendapat sampul raya istimewa, manakala pembelian RM450 ke atas dalam 2 resit maksimum akan layak membawa pulang set pinggan perayaan. Tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Di harap para pengujung pusat membeli belah the Curve dapat memberikan sokongan kepada pihak Simply Cookies dengan membeli produk biskut mereka sambil membantu usaha mereka. Gerai mereka terletak di aras bawah berhadapan dengan Starbucks Coffee, dibuka setiap Jumaat hingga Ahad sepanjang kempen ini.

Untuk maklumat lanjut,

Website The Curve :  http://www.thecurve.com.my/
Facebook The Curve: https://www.facebook.com/theCurveShoppingMall/

Contact Hotline: 03-77106868

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge