PAMERAN POKEMON TCG DI AEON MALL SHAH ALAM, BEST TAU!

PAMERAN POKEMON TCG DI AEON MALL SHAH ALAM, BEST TAU! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa peminat tegar Pokemon? Masih layan lagi main ‘game’ Pokemon yang dulu pernah jadi trending?

PAMERAN POKEMON TCG DI AEON MALL SHAH ALAM

Berita baik untuk anda! Tahu tak yang pameran Pokemon TCG sedang berlangsung di AEON Mall Shah Alam hingga 29 Mei 2022. Sempat lagi nak singgah- singgah tau. Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Untuk pengetahuan, lokasi pertama pameran ini telah diadakan di AEON Mall Metro Prima, Kepong pada 28 Januari 2022. Kemudian pameran ini bertukar lokasi ke

MyTOWNKL, Cheras 18 Mac hingga 27 Mac 222

AEON Mall Bukit Tinggi 12 April hingga 24 April 2022

TARIAN PIKACHU

Buat adik-adik yang minat pada Pikachu, jangan lupa untuk turut serta bersama Pikachu. Ada aktiviti bersama mascot Pikachu seperti

Pikachu Walkabout – 3 petang

Menari bersama Pikachu – 5 petang & 7 petang

Meet & Greet Bersama Pikachu – 6 petang

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar tau! Comellah Pikachu ni, kalua dapat bawa balik kan best!

AKTIVITI MENARIK

Kalau anda peminat Pokemon pastinya teruja! Mana taknya, macam-macam aktiviti ada untuk anda. Antaranya Pokemon TCG Celebration Cards. Pasti rambang matakan.

Belum lagi Sword and Shield- Evolving Skies juga  Sword and Shield- Set Pengembangan Fusion Strike.

Selain itu bolehlah menonton demonstrasi permainan video terbaru Pokemon Legend: Arceus, Pokemon Ga-Ole.

BOLEH TUKAR KAD KE?

Ada juga aktiviti untuk tukar kad. Bawa kad-kad yang ada tu untuk seisi pertukaran kad. Masa KP ada kat situ, ada sorang nie banyak betul kad dia. Peminat tegar rupanya!

MERCHANDISE DARI JEPUN

Barangan koleksi Pokemon pun ada juga dijual buat para peminat. Dari T-Shirt, koleksi patung, juga koleksi kad khas.

AEON MALL

Kini, AEON Mall bukan sekadar lokasi atau tempat untuk membeli-belah. AEON senantiasa mengikuti perkembangan dan mendengar maklum balas pengunjung.

Memberikan kelainan buat para pelanggan dengan mengadakan pameran sebegini untuk seisi keluarga turut serta. Semuanya ada di bawah satu bumbung.

Apa lagi, jom terjah ramai-ramai

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge