NUTELLA EDISI TERHAD SEMPENA BULAN RAMADAN, BEST TAU! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Macam mana dengan puasa tahun nie? Hari nie hari yang ke 4 umat Islam berpuasa.

Berita baik, sempena bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

NUTELLA EDISI TERHAD

Nutella Malaysia telah melancarkan balang Ramadan Nutella edisi terhad. Pelancaran ini turut menampilkan resipi mudah dan cepat yang boleh dicipta oleh keluarga untuk berbuka puasa.

Selain itu juga menikmati detik-detik gembira bersama keluarga pada bulan Ramadan ini.

RASA CERIA, ERAT BERSAMA

Dengan slogan “Rasa Ceria, Erat Bersama”, Nutella berhasrat untuk menambah kegembiraan
dan menggalakkan ikatan kekeluargaan pada bulan Ramadan ini.

Menerusi pengenalan tiga resipi mudah dan cepat yang boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga. Iaitu Fried Bread (Roti Goreng), Mini Tart (Tart mini) dan Breakfast Bite (Sarapan Ringkas).

KENAPA TIDAK BERBUA PUASA DENGAN NUTELLA?

“Nutella adalah sapuan paling popular di dunia dan hal ini telah membolehkannya memperoleh kedudukan di meja sarapan di seluruh dunia. Oleh itu, mengapa anda tidak berbuka puasa dengan Nutella.

Kami sedar bahawa dengan jadual kerja yang sibuk dan urusan harian. Ibu bapa mahukan resipi yang mudah, cepat dan sedap untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Dengan Nutella, kami ingin memberi para ibu penyelesaian yang pantas kepada detik-detik bersama keluarga yang lebih gembira dan menyeronokkan.”

-Sulabh Madhwal, Ketua Pemasaran Nutella Asia Pasifik

NUTELLA EDISI TERHAD

Balang Ramadan edisi terhad boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, kedai serbaneka dan kedai runcit.

Dijual pada harga yang sama dengan balang biasa 680g mulai bulan April hingga Mei 2022.

MENANGI ELECTROLUX OVEN TOASTER

Nutella juga sedang menganjurkan pertandingan foto secara dalam talian. Memberikan peluang kepada semua 20 peserta untuk memenangi Electrolux Oven Toaster.

Apa lagi jom ramai ramai ‘join’ peraduan ini manalah tahu rezeki dan tuah anda kan !

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge