Miss Pinklady Asia Musim Ke-2 Antara Finalist Haneesya Hanee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Miss Pinklady Asia Musim Ke-2 Antara Finalist Haneesya Hanee~Miss Pinklady Asia (MPLA) kini kembali untuk musim kedua. Miss Pinklady Asia ini merupakan program realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan juga Malaysia.Uniknya kesemua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan akan bersaing untuk merebut gelaran Pink Lady of Asia  musim kedua.

Konsep musim kedua juga seakan sama dengan konsep musim pertama yang mana setiap peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan dan akan melalui rutin harian yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Menariknya kali ini akan ada cabaran dari segi ‘catwalk’, sesi fotografi dan juga iklan. Cabaran ini perlu diselesaikan oleh kesemua peserta dan di dalam setiap episod akan ada penyingkiran bagi peserta yang tidak dapat mencapai keputusan yang telah ditetapkan.

Untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yang mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program ini setanding program peringkat antarabangsa kerana ianya tenaga kerja dan peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri yang memerlukan kerjasama sepenuhnya.

-kata Encik Mohamad Hafiz Naslallizi dari Icube Studio

“Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan kerana program ini turut berkongsi tentang dunia” modelling lifestyle” yang kebanyakan orang tak tahu”.

-kata Encik Azwan Hj Ismail selaku penerbit.

“Program Miss Pinklady Asia musim ke 2 pasti lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat Asia & Global. Ini selaras dengan jenama PINKLADY sendiri yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.’

-kata CEO Heidi Empire Trading iaitu Encik Heidi Shafiq

Setiap cabaran akan diadili oleh para panel hakim professional dalam bidang peragaan dan bidang fotografi. Untuk musim kedua MPL Asia akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program realiti tv terkenal iaitu ‘The Face’ dan ‘Next Top Model Asia’.

Hadiah buat pemenang Miss Pinklady Asia musim ke 2 ialah tempat pertama RM 12,000, tempat kedua akan membawa pulang hadiah sebanyak RM 8,000 dan tempat ketiga RM 5,000. Sebanyak 13 episod akan disiarkan bermula dengan episod pengenalan Miss Pinklady Asia musim ke 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 di saluran penstriman Youtube @pinklady.tv Program ini akan di hoskan oleh Ikon Peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 10 malam.

12 Finalis Miss Pinklady Asia musim kedua 

Kejutan untuk musim kedua ini ialah model dan aktivis terkenal Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran sebagai Miss Pinklady Asia bagi musim kali ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk informasi lebih, anda boleh tonton Pink Lady Extra setiap hari Rabu jam 9 malam dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge