Ismahan Khan DiNobatkan MISS PINKLADY Yang Pertama!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ismahan Khan DiNobatkan MISS PINKLADY Yang Pertama!|Ismahan menjuarai sebagai MISS PINKLADY Yang Pertama, pada acara kemuncak yang diadakan di Grand Hall Evolve Concept Mall Ara Damansara. Ismahan berusia 23 tahun dari kuala lumpur menewaskan enam lagi finalis akhir iaitu Vivienna, Hafsa, Fifi, Adeline, Nashra dan Shazrene.
Mahkota kemenangan disampaikan oleh Mentor dan host rancangan iaitu sunshine Aileen Devi Eric yang dikenali sebagai Sunshine. Dengan kemenangan itu, Ismahan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan hadiah sampingan bernilai RM5,000.
Selain itu, beliau juga turut memenangi kategori miss most talented tempat kedua dimenangi oleh Vivienna, manakala Hafsa di tempat ketiga. Hafsa memenangi kategori Miss Social Media, yang ditentukan daripada undian dan supporter peminat melalui laman web, dan social media MISS PINKLADY.
Sementara itu, seorang lagi peserta Afi, 19, dinobatkan sebagai Miss Personality. Pemilihan kategori ini dilakukan menerusi rancangan program realiti TV ini. Best evening gown dimenangi oleh Alana, 17, Best Catwalk pula dimenangi oleh fifi dari pulau pinang, dan akhir sekali Miss Photogenic dimenangi oleh Nashra.
Hos rancangan selaku mentor program realiti ini iaitu Sunshine sebagai pengacara majlis pada malam finale, dimulakan dengan pengenalan kesemua top 12 miss pinklady, diikuti persembahan bakat setiap peserta, kemudian kesemua peserta memperagakan evening gown dari beberapa designer Malaysia. Dan diakhiri dengan sesi soal jawap oleh juri-juri bagi menguji minda 7 finalis akhir.
Turut diserikan pada malam kemuncak, persembahan khas dari penyanyi ratu rock Malaysia Ella dan Aliff Aziz, artis-artis lain juga turut bersama memberi sokongan pada program ini. 8 Juri proffesional yang turut memberi markah kepada peserta-peserta miss pinklady 2018 antaranya, Bon Zainal, Ridzuan Bohari, Dato Tiffanee Marie Lim, Sazzy Falak, Lila Majnun, Zahnita Wilson, Ashu, Kiffy Razak, dan Samantha Katie James.
“Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai Pemenang Miss Pinklady musim pertama. ia menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya. Diberi peluang untuk bersaing dengan semua finalis pada peringkat akhir adalah satu penghormatan yang cukup besar buat saya. Mereka semua pesaing yang sangat berbakat dan cantik-cantik belaka”.
“Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini, pengalaman yang cukup berharga ini secara tidak langsung memberikan impak kepada personaliti saya secara peribadi. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Miss Pinklady dan iCube Studio atas kepercayaan yang diberikan untuk terbabit dalam program Miss Pinklady 2018. Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program ini. Tidak dilupakan kepada juri, pihak penaja, keluarga, peminat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini”.
-Kata Ismahan sewaktu mengulas tentang kemenangannya
Diantara Selebriti turut hadir meriahkan majlis Grand Final seperti Aliff Aziz, Ella (Ratu Rock Malaysia), Erul AF, Sassy Falak, Chacha Maembong, Ika Nabila dan Aidil Aziz!.
CEO HEIDI EMPIRE TRADING, En Heidi Syafiq, berkata pihaknya amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terbabit dalam program misspinklady ini, dan turut berterima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program miss pinklady musim pertama.

Tayangan MISS PINKLADY musim pertama boleh ditonton di laman web rasmi www.pinklady.tv dan youtube Miss Pinklady. Saksikan kesemua episode dari episode 1 sehingga episode 13. Follow Instagram dan facebook miss pinklady @misspinklady.tv untuk perkembangan terbaru.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge