SLOT ‘SITCOM’ BERMULA JUN DI AWESOME TV! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebut saja ‘Sitcom’ secara automatik terfikir tentang lawak ataupun komedi. Rancangan apa pula kali ini?

SITCOM

Slot terbaharu ‘Sitcom’ yang menghimpunkan barisan kandungan komedi santai hebat pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula 11 Jun ini.

Penambahan slot ‘Sitcom’ sekaligus akan melengkapkan barisan slot program sedia ada iaitu ‘Malar Segar’, ‘Awesome Movie’, ‘Filem Kita’, ‘Ohsem Tele’, ‘Ohsem Lejen’, ‘Hindi Special’.

Ada juga ‘Misteri’, ‘Horror Sabtu’,‘Dramatix’, ‘Dramedi’, ‘Drama Asia’, ‘International Series’ dan ‘Ohsem-Tainment. Semua rancang ini akan ada perubahan keatas jadual siaran bermula pada 1 Jun.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kesesuaian trend tontonan semasa supaya Awesome TV terus kekal menjadi pilihan utama masyarakat.

JADUAL SLOT SIARAN DIROMBAK

Bagi memantapkan lagi strategi kandungan yang lebih berkesan, kami membuat keputusan untuk menyuntik penambahbaikan utama.

Terutama dari segi perincian jadual slot siaran yang dirombak secara keseluruhan demi memberikan pengalaman menonton yang maksima kepada rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, pakej grafik dan visual kreatif Awesome TV juga turut diberi sentuhan dan mood baharu yang lebih segar dan ceria sebagai kelainan untuk memikat hati penonton.

“Kami di Awesome TV amat teruja dan positif dengan strategi penstrukturan semula slot jadual baharu dan kandungan yang bakal disajikan sepanjang tahun ini.

Kami juga menyasarkan pertumbuhan keseluruhan jumlah tontonan dapat melonjak sehingga dua bilion bagi tahun 2022.”

-kata Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV

2 PROGRAM TERBARU

Bagi membuka tirai pengenalan, dua program menarik berjudul ‘Lot 69’ dan ‘Dak Dak Opis’ akan mengisi slot ‘Sitcom’ . Setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam yang pastinya bakal mencuit hati.

LOT 69

Mulai 11 Jun, para penonton akan dihiburkan dengan rantaian sitkom ‘Lot 69’ arahan Ismail Bob Hashim yang dibintangi oleh Rozita Che Wan, Izzue Islam, Fahrin Ahmad, Ali Puteh dan Nina Smith.

Serta penampilan istimewa oleh Juliana Evans, Datuk Jalaluddin Hassan, Shaza Bae, Afiq Shazwan, Ezzaty Abdullah dan Sazali Samad.

DAK DAK OPIS

Manakala sitkom ‘Dak Dak Opis’ arahan Aizam Syamsul yang menampilkan Faisal Hussein, Amy Mastura, Eyka Farhana, Ajak Shiro dan Eric Fuzi pula akan mula menemui penonton pada 13 Ogos 2022.

MALAR SEGAR

Slot ‘Malar Segar’ akan menemani penonton pada setiap hari Isnin, jam 10.00 malam yang bakal membariskan filem-filem menarik seperti ‘Rahsia’, ‘Imigran’, ‘Bertunang’, ‘Suci Dalam Debu’ dan banyak lagi.

AWESOME MOVIE

Sementara itu, seleksi filem antarabangsa yang membariskan naskhah-naskhah menarik. antaranya ‘Paul Blart: Mall Cop’, ‘Double Team’, ‘The Goonies’ dan ‘London Has Fallen akan ditayangkan setiap hari Selasa, jam 10.00 malam.

FILEM KITA & OHSEM TELE

Kini akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam. Menerusi slot ini, pelbagai filem tempatan dan seleksi telefilem hebat yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga akan disajikan kepada penonton.

Antara judul-judul menarik yang bakal menanti termasuklah ‘Sekali Lagi’, ‘Bini Gua Solehah’, ‘Ayah Untuk Disewa’, ‘Suri Rumah Terfeeling’ dan ‘Kembar Siang.

OHSEM LEJEN

Setiap hari Khamis, jam 9.00 malam pula akan terus menyajikan filem-filem klasik oleh Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Seperti ‘Musang Berjanggut’, ‘Singapura Dilanggar Todak’, ‘Anak Bapak’, ‘Labu Dan Labi’ dan ‘Nasib Si Labu Labi’.

HINDI SPECIAL

Manakala Slot ‘Hindi Special’ yang akan membariskan filem-filem Bollywood terhebat seperti ‘Ghulam’, ‘Golmaal: Fun Unlimited’, ‘Dushman’ dan ‘Aap Mujhe Achche Lagne Lage’ pula bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam.

Sementara itu, bagi peminat genre seram, dua slot istimewa turut disediakan yang akan menghimpunkan program-program tempatan dan antarabangsa untuk tontonan semua.

MISTERI & HOROR SABTU

Slot ‘Misteri’ yang menyiarkan drama bersiri seram seperti ‘Misteri Van Jenazah’ ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 11.00 malam.

Manakala slot ‘Horror Sabtu’ yang bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam pula akan membariskan koleksi filem seram. Antaranya : ‘Congkak’, ‘Bhoothnath’, ‘Minyak Dagu’ dan ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’.

Istimewa untuk peminat tegar drama-drama rantaian, empat slot khas turut disediakan iaitu ‘Dramatix’, ‘Dramedi’, ‘Drama Asia’ dan ‘Asian Series’ yang membawakan koleksi drama melayu tempatan hebat pelbagai genre, sinetron, K-drama serta banyak lagi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge