Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Telemovie Kerana Buat Eyka Farhana Tertekan Hanya di TV2|Tekanan perasaan seorang gadis menimbulkan dendam yang membawa kepada jenayah yang tidak pernah dijangka. Bila perasaan dendam mula menguasai dirinya yang menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan. Beliau mula melakukan jenayah berat akibat kegagalan mengawal emosi sehingga mengalami gangguan psikologi. Hakikatnya setiap hari ada sahaja berita atau isu tentang masalah tekanan perasaan yang dihadapi dalam kalangan masyarakat kita.
Situasi ini adakalanya tidak pernah terjangka sama sekali berlaku malah lebih membimbangkan ianya terjadi kepada individu yang selama ini nampak sihat pada luarannya. Menerusi watak Husna seorang gadis psiko yang dibawakan oleh pelakon Eyka Farhana, penonton diajak menyaksikan telemovie bertajuk Kerana pada 15 November ini, pukul 9.30 malam di TV2. Turut menampilkan lakonan berkesan Hazman Al Idrus, Jasmin Hamid, Idris Mat Diah, dan Beego.
Sinopsis Telemovie Kerana
Perjalanan telemovie ini bermula dengan menonjolkan sisi watak utama Husna tinggal bersama ibu tirinya, Azizah yang mempunyai dua orang anak iaitu Akil dan Fatimah selepas kematian ayahnya. Malangnya beliau dilayan dengan kasar oleh adik-beradik tirinya, Azizah dan Akil. Malah lebih malang lagi bila mana Akil mula mengambil kesempatan dengan merogol Husna bukan sekali tetapi beberapa kali.
Husna nyata tertekan dengan peristiwa tersebut dan akhirnya bertindak di luar jangkaan dengan membunuh Akil. Azizah pula hairan dengan kehilangan Akil yang tidak dapat dikesan selepas beberapa hari. Sementara itu Fatimah akhirnya membocorkan rahsia mengatakan ibunya, Azizah yang membunuh ayah Husna. Akibat terlalu marahkan Azizah, Husna juga membunuh Azizah dan kemudian melarikan diri.
Sementara itu Edry terjumpa dengan Husna yang pengsan di taman sewaktu beliau melarikan diri. Semenjak peristiwa itu, mereka selalu berjumpa dan akhirnya jatuh cinta. Edry dan Husna kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berkahwin. Kebahagiaan yang dikecapi Husna tersentak apabila beliau melihat Edry bersama perempuan lain. Sebenarnya perempuan itu merupakan isteri pertama Edry dan Husna tidak dapat menerima hakikat yang beliau sebenarnya bermadu.
Husna membuat rancangan untuk menyambut kepulangan Edry di rumah selepas balik bekerjadan kemudian membunuh Edry untuk melepaskan rasa dendamnya. Husna kemudiannya menyerah diri pada pihak polis dan hasil pemeriksaan hospital mengesahkan yang beliau mengalami gangguan psikologi. Lalu apakah kesudahan dalam hidup Husna?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Jarang2 ada cerita psiko macamni