Nabila Razali kata Cukup Sampai Sini! Kali pertama cipta lagu dan tulis lirik sendiri.
CUKUP SAMPAI SINI
Cukup Sampai Sini bukan sekadar lagu baharu untuk Nabila Razali. Single ini menjadi satu langkah baharu apabila Nabila buat pertama kali tampil sebagai pencipta lagu bersama Justin Seow Seng Tack, selain menulis keseluruhan liriknya sendiri.

Lagu yang dilancarkan pada 11 September 2026 ini membawa mesej tentang mengenali nilai diri, menetapkan batas dan berani memilih diri sendiri.
Menariknya, walaupun kisahnya bermula daripada hubungan yang penuh dengan alasan, drama dan kekecewaan, Nabila tidak mahu “Cukup Sampai Sini” kedengaran terlalu sedih.
BUKAN SEKADAR LAGU PUTUS CINTA
Bagi Nabila, lagu ini lebih kepada saat seseorang sedar bahawa sudah terlalu lama memberi peluang sehingga terlupa menghargai diri sendiri. Dan perkara itu bukan hanya berlaku dalam hubungan cinta. Ia boleh berlaku dalam persahabatan, pekerjaan dan hubungan dengan orang di sekeliling kita.

NO MORE, NO MORE
Nabila mahu lagu ini membawa pendengar daripada rasa kecewa kepada semangat untuk bangkit dan terus bergerak.
Bahagian “NO MORE, NO MORE” pula menjadi antara mesej paling kuat dalam lagu ini – tentang berhenti memberi ruang kepada alasan dan drama yang sama berulang kali.

“I will be fine, I choose myself.”
Itulah antara semangat utama yang Nabila mahu disampaikan menerusi “Cukup Sampai Sini”.
NABILA KINI LEBIH BERANI
Penglibatan dalam penulisan lagu juga menunjukkan Nabila semakin selesa menentukan arah seninya sendiri.
Kalau dahulu dia banyak memikirkan pandangan dan harapan orang lain, kini Nabila mengakui dirinya lebih mengenali apa yang mahu disampaikan sebagai seorang artis.

Malah, dari segi muzik, dia mahu membawa kembali sedikit rasa seperti era “Vroom Vroom” dan “Pematah Hati”, selepas menerima permintaan daripada pendengar yang mahukan Nabila kembali dengan genre sebegitu.
MUZIK VIDEO
BAWA MASUK DUNIA HIGH SCHOOL
Kalau lagunya membawa mesej tentang memilih diri sendiri, muzik video “Cukup Sampai Sini” pula tampil dengan suasana yang lebih ceria, colourful dan fun.
Nabila memilih konsep high school kerana ia dekat dengan ramai orang – ada kisah crush, persahabatan, cinta pertama dan macam-macam karakter. Lebih menarik, set sekolah untuk MV ini dibina khas dalam studio supaya pasukan produksi boleh mencipta dunia “Cukup Sampai Sini” dengan lebih bebas.

12 CAMEO, 12 KARAKTER!
MV ini turut menampilkan 12 cameo daripada selebriti dan personaliti media sosial, termasuk Ain Edruce, Yaya Zahir, Siti Khadijah, Adriana Adnan, Riena Diana, Lunia Ara, Syieda, Tengku Ratu, Eusoff, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Aimien dan Irfan Hifny.
Setiap seorang membawa karakter berbeza, manakala Nabila sendiri tampil sebagai “The One Who Had Enough”. Konsep ini menjadikan MV tersebut lebih meriah dan seolah-olah membawa penonton masuk ke dalam sebuah dunia sekolah yang penuh dengan pelbagai personaliti.
DAH BOLEH DENGAR & TENGOK!
“Cukup Sampai Sini” sudah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 11 September 2026. Muzik video rasminya pula mula ditayangkan di YouTube pada 22 September 2026.
Dengan lagu yang lebih fun tetapi masih membawa mesej tentang keberanian untuk memilih diri sendiri, nampaknya Nabila Razali memang sedang membuka bab baharu dalam perjalanan seninya. 🎶❤️