GAGA LIVE MALAYSIA 2026: DONNA MARIE JADI LADY GAGA

Donna Marie dah 16 tahun jadi Lady Gaga, Kini jumpa ‘Little Monsters’ Malaysia. Kalau anda peminat Lady Gaga, ini mungkin satu persembahan yang menarik untuk ditonton. 👀

Donna Marie, yang sudah 16 tahun menghidupkan watak Lady Gaga sebagai tribute artist, bakal datang ke Malaysia menerusi GAGA Live pada September ini.

Donna Marie tampil sebagai Lady Gaga dalam GAGA Live Malaysia 2026

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama Donna Marie dan pasukannya membuat persembahan untuk peminat di Malaysia.

Bukan Nyanyi Sahaja

GAGA Live bukan sekadar persembahan lagu Lady Gaga.

Donna Marie tampil sebagai Lady Gaga dalam GAGA Live Malaysia 2026

Donna Marie akan membawa elemen muzik, kostum, tarian dan teater, lengkap dengan lima penari profesional antarabangsa.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk Just Dance, Poker Face, Bad Romance, Shallow, Rain On Me dan Die With A Smile.

Donna Marie tampil sebagai Lady Gaga dalam GAGA Live Malaysia 2026

Keseluruhannya, ada 21 persembahan yang akan dibawakan sepanjang konsert.

Untuk encore pula, peminat boleh menjangkakan The Edge of Glory.

Donna Marie Tak Sabar Nak Jumpa Peminat Malaysia

Bercakap pada sesi media, Donna Marie mengakui dia sangat teruja untuk akhirnya bertemu peminat Malaysia.

Selepas 16 tahun membawakan karakter Lady Gaga di pentas, dia bersama pasukannya mahu memberikan persembahan yang penuh tenaga.

Donna Marie tampil sebagai Lady Gaga dalam GAGA Live Malaysia 2026

Muzik, fesyen, koreografi dan elemen teater semuanya akan digabungkan supaya penonton dapat menikmati pengalaman seperti sebuah konsert penuh.

GAGA Live turut menampilkan Natasha Sass dari Malaysia dan penyanyi Filipina, JV Decena.

GAGA Live Di Mana?

Ada dua lokasi untuk peminat pilih:

📍 25 September 2026 — EX8 Collective Concert Hall, Subang
📍 27 September 2026 — Indoor Arena, EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor
8.30 malam

Harga tiket bermula RM189 untuk Party Zone, RM239 untuk Platinum dan RM289 untuk Diamond.

Nak jumpa Donna Marie secara dekat? Pakej tambahan Meet & Greet juga tersedia pada harga RM88.

Jadi, siapa yang dah ready untuk Just Dance, Poker Face dan Bad Romance secara live?

Little Monsters Malaysia, this one’s for you! 👀🎤