SITCOM – KAMPUNG SENARIUH PENUH GELAK TAWA, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi pada kumpulan Senario? Ini berita baik untuk anda.
Awesome TV bakal membuka tirai 2023 dengan mengembalikan nostalgia peminat terhadap kumpulan Senario. Sebelum ini kumpulan Senario pernah mencetuskan fenomena luar biasa.
KAMPUNG SENARIUH
Program sketsa terbaharu ‘Kampung Senariuh’ yang akan menghiasi slot ‘Sitcom’
pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula 1 Januari 2023.
Arahan sutradara terkenal Bob Ismail Hasim dan diterajui oleh empat ahli kumulan Senario iaitu Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin dan juga Mamak selaku pelakon pembantu.
Selain itu, program ini juga diserikan dengan kehadiran barisan artis jemputan yang terdiri daripada Mia Nasir, Afifa Nasir, Zalif Sidek, Marisa Yasmin, Ammar Titan, Kazar, Chiwan, Bard Kerdil.
Turut menampilkan barisan bintang ‘Awesome Raja Lawak’ seperti Kumpulan Soda, Kumpulan Manja, Azhar, Amin, Oky dan Afea sebagai penampilan khas.
SINOPSIS
Berkisarkan tentang empat orang sahabat baik iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Apek dan Yassin Rambo dari Kampung Sena.
Mereka cukup dikenali dalam kalangan penduduk kampung dengan ragam dan gelagat mereka yang mencuit hati ketika melepak di warung. Sering berborak mengenai isu-isu semasa terutamanya kejadian yang berlaku di kampung mereka.
WATAK -WATAK
Watak Pak Azlee- pemilik warung kedai kopi yang menjadi port utama untuk melepak oleh penduduk Kampung Sena. Untuk Wahid Deghian – pengusaha sebuah dusun durian di Kampung Pokok Senariuh.
Waa, Apek pula – pemilik studio jamming di Kampung Pokok Senariuh. Manakala Yassin Rambo – Pemilik bengkel motor. Jadi apalagi, jangan lupa ‘lock date’ anda tau!