MY OFIS DITAYANGKAN 26 MEI HANYA DI IQIYI, PASTI BEST!

MY OFIS DITAYANGKAN 26 MEI HANYA DI IQIYI, PASTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jarang nampak drama yang berunsurkan tentang keadaan di pejabat. Maksudnya satu demi satu kakitangan yang ada disana

MY OFIS

Terbaru drama komedi berjudul My Ofis ditayangkan di iQiyi bermula 26 Mei 2022. Ianya kerjasama produksi tempatan, Longhouse Films, judul eksklusif global iQiyi dari Malaysia.

Menampilkan barisan pelakon veteran industri hiburan dari pelbagai budaya serta bakat-bakat baru yang sedang meningkat naik.

Siri ini menyentuh dilema dalam kerjaya yang diingini ramai. Namun tak semua boleh menceburinya, terutama kepada mereka yang mengidamkan untuk masuk ke dunia hiburan.

PELAKON MY OFIS

Dibintangi selebriti tempatan Kahoe Hon iaitu pelakon berbakat yang bercita-cita menjadi pengarah filem. Pelakon veteran Alvin Wong serta artis serba boleh, Nasz Sally.

Aeril Zafrel, salah seorang individu berpengaruh (influencer) lelaki popular di Malaysia yang memegang watak utama dalam pelbagai filem aksi dan percintaan.

My Ofis bakal menimbulkan persoalan tentang perjuangan dan realiti untuk mengejar impian dalam industri hiburan berbanding kerjaya

“My Ofis memberikan penonton gambaran mengenai realiti kehidupan dunia kerjaya hari ini. Di mana mengejar impian dalam industri hiburan atau terjun ke dunia korporat hadir dengan cabarannya yang tersendiri.

SINOPSIS

Kali ini memberi tumpuan kepada kepada kehidupan ‘Jasper’, seorang anak muda yang bercita-cita menjadi bintang rock.

Terpaksa mengetepikan impiannya demi menjaga neneknya yang sudah berusia
dengan memilih untuk memasuki dunia korporat.

Dunia korporat menawarkan sedikit kestabilan kewangan berbanding industri hiburan yang tidak menentu.

CINTA DAN CABARAN .

Sitkom ringan ini menyajikan kehidupan kerjaya yang huru-hara’, kisah cinta serta cabaran Jasper mendepani politik pejabat yang sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia.

HARGAI VISI LONGHOUSE

Kami menghargai visi Longhouse dalam menghasilkan siri ringan ini yang bukan sahaja akan
menghiburkan penonton.

Malah dapat membincangkan tentang apa yang sebenar kita mahukan dalam kehidupan, terutamanya dalam kerjaya kita, sambil mengharungi cabaran yang mendatang,”

-kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei

IDEA DARI SIAPA?

“Idea penghasilan My Ofis berasal dari pengasas Longhouse Films Jon Chiew, the penerbit My Ofis Jet Chiew dan saya.

Dengan pengalaman dan rangkaian hubungannya, kami mengumpul pakar tempatan untuk projek ini dan menjemput profesional antarabangsa dari Korea, Hong Kong, China dan AS untuk turut serta bagi drama ini.

Dalam drama ini membolehkan kami menggabungkan keunikan budaya Malaysia dan personaliti di pejabat yang berbeza ke dalam My Ofis.

Ditambah dengan elemen budaya Korea dengan cara Malaysia. Malah lagu tema “The Odd One Out” uga adalah genre k-pop.

-Dianne Tan, Pengarah Urusan, Longhouse Films

JANGAN LUPA

Saksikan kesemua babak gelak tawa, cabaran serta mesej-mesej dalam sitkom pejabat tempatan secara eksklusif di iQiyi .

Ikuti keseronokan dengan 101 telatah Jasper di tempat kerja dalam menangani politik pejabat. Tonton dan cuba kenal pasti jika anda dapat mencari persamaan dikalangan rakan sekerja anda dalam My Ofis!

Instagram |Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge