KONSERT GARDEN OF EID FESTIVAL MEMANG AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahu tak hujung minggu baru ini, Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur jadi ‘havoc’.
Pelbagai aktiviti diadakan sempena Garden of Eid Festival yang berlangsung dari 27 May – 29 May 2022. Dari jam 10pagi hingga 10 malam, semua aktiviti yang diadakan bukan setakat untuk anak-anak tetapi untuk yang dewasa juga
KONSERT GARDEN OF EID FESTIVAL
Konsert berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad mulai jam 830malam. Konsert ini adalah percuma tetapi perlu mendaftar terlebih dahulu. Apalagi, KP pun ambil kesempatan untuk turut hadir menonton pada hari Sabtu.
Untuk Konsert Garden of Eid Festival hari Sabtu barisan artis terdiri daripada Altimet (hos), Faizal Tahir, Naim Daniel, Raihan dan Datuk Jamal Abdillah.
Bagi Konsert untuk hari Ahad pula diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Ahmad Dhani dengan tema ‘Munajat Cinta’.
PERCUSSION
Yupp, ini memang KP bagi ‘thumbs up’ pada team percussions kerana pada konsert hari Sabtu, para artis menyanyi dengan iringan muzik dari percussion.
Dimulai dengan Altimet membuka bicara dengan memperkenalkan Faizal Tahir melalui pantun. Masyallah, walaupun baru di tulis tapi cukup sedap didengar
FAIZAL TAHIR
Mendendangkan 3 buah lagu yang dimulakan dengan lagu ‘Assalamualaikum’. Kemudian StarFeather lagu yang dirakam sewaktu di Bangladesh kalau tak silap.
Dan diakhiri dengan lagu Syuhadah.
NAIM DANIEL
Siapa tak kenal dengan pemilik suara lagu ‘Sumpah’ yang pernah memenangi di Anugerah Juara Lagu 34. Kali ini dibawa dengan alunan muzik percussion memberikan ia kelainan. Love this new arrangement.
Lagu ‘Purnama’ di bawakan juga pada malam itu oleh Naim Daniel dengan cara tersendiri. Sempat lagi menyanyi bersama kumpulan Raihan untuk lagu terbaru Ya Rasulullah ft Naim Daniel. Katanya lagu ini bakal di keluarkan Maulidur Rasul tahun ini.
RAIHAN
Membesar dengan lagu-lagu dari kumpulan Raihan bukan sesuatu yang baru terutama yang lahir pada tahun 90an-. Antara lagu yang selalu menjadi siulan Puji-Pujian, Syukur dan ada lagi.
Medley Puji-Pujian & Syukur mendapat sambutan dari penonton yang ada. Termasuk dengan Assolatu-Wasalam dan Thank You Allah.
Iman Mutiara. Pasti dari tajuk ramai yang tahu lagu ini kan. Raihan berinteraksi bersama penonton dengan menguji lirik lagu ini.
Seperti yang dijangka, tidak kira yang kecil mahupun yang dewasa sama-sama menyanyi ye!
Dah macam konsert Raihan pula jika dilihat pada ‘crowd’ yang turut serta menyanyi sambil berhibur. Sempat diselit ayat terima kasih dalam bahasa lain.
JAMAL ABDILLAH
Tampil dengan 3 buah lagu dan memang ditunggu oleh semua. Bak kata Altimet, yang terbaik kite simpan last. Kata Datuk Jamal ini kali pertama dia bernyanyi dengan iringan percussion team antaranya lagu Syukur.
Penghujung Rindu dengan arrangement yang baru ini memang menusuk ye. Lagi-lagi jika dihayati liriknya dengan muzik yang dimainkan. Bagi KP this is the best .
Kepadamu Kekasih adalah lagu terakhir yang dibawakan malam itu. Jangan terkejut bila pandang kiri ,kanan , atas mahupun bawah masing-masing menyanyi bersama.
AHMAD DHANI
Konsert Ahmad Dhani pada hari Ahad dengar ‘full house’. Mana taknya 1 jam 30 min didendangkan dengan pilihan lagu sempena penutup Garden of Eid Festival. Mengalunkan muzik kerohanian seperti tema konsert.
GOE ini telah membuahkan insprasi kepada Ahmad Dhani untuk menghasilkan sebuah album dengan konsep yang sama. Iaitu hanya denagn percussion dan tanpa sebarang instrument bertali.
Mungkinkah ada album hanya berlandaskan percussion dan acapella dari Ahmad Dhani. Kenalah tunggu hasil ciptaan dari-nya!
KENAPA GARDEN OF EID FESTIVAL(GOE)?
Diberi nama Garden of Eid Festival. Ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.
Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Harapan untuk GOE, diteruskan setiap tahun dan dipelbagaikan lagi genre lagu walaupun tema kerohanian.