GARDEN OF EID FESTIVAL (GOE) LESTARIKAN KEROHANIAN, BEST!

GGARDEN OF EID FESTIVAL (GOE) LESTARIKAN KEROHANIAN, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam suasana endemik di Malaysia, sebuah festival bersifat Islamik namun santai bakal menghiburkan semua.

GARDEN OF EID FESTIVAL(GOE)

bermula dari 27 Mei – 29 Mei 2022, di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.

KENAPA GARDEN OF EID FESTIVAL(GOE)?

Diberi nama Garden of Eid Festival. Ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.

Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

KONSEP FESTIVAL

Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra.

Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

BARISAN SELEBRITI

Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan,

Garden of Eid Festival juga disemarakkan dengan nama nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan.

Mereka adalah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Manakala sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran. Bakal muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30  malam di Panggung Anniversari.

Pastinya para pecinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

GAYA HIDUP MASYARAKAT MASA KINI

Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama. Kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding).

Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.

TEMA THE GREAT REUNION

Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik),

Di festival nanti bakal berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara general. DI segment ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.

FLAVORS OF MALAYSIA

Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung.

Dan menjadi bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

INSTAGRAM |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge