FILEM MAK #SALAMDARISYURGA – KISAH KASIH IBU DAN MISTERI KAMPUNG!

filem tempatan yang sarat dengan elemen misteri, aksi dan konflik manusia bakal menemui penonton mulai 22 Januari 2026.

FILEM MAK #SALAMDARISYURGA

Sebuah filem tempatan yang sarat dengan elemen misteri, aksi dan konflik manusia kini menemui penonton di seluruh negara. “MAK” yang diterbitkan oleh AA Success Pictures Sdn Bhd dan Awal Muzik.

“Ramai antara kita hidup dalam kesibukan sehingga lupa menghargai perkara paling dekat. Filem ini cuba mengingatkan semula, tanpa mengajar atau menghukum,”

Penerbit merangkap pelakon utama, Azman Ahmad menjelaskan filem ini tercetus daripada pemerhatian terhadap realiti kehidupan seharian yang jarang diberi ruang dalam filem arus perdana tempatan.

Setiap babak diberikan ruang bernafas, membiarkan emosi hadir satu demi satu, seolah-olah mengajak penonton mengingati kembali ibu masing-masing sama ada yang masih ada atau telah pergi. Keputusan mengekalkan nada sederhana dan tidak sensasi dibuat secara sedar oleh pasukan produksi.

-kongsi Azman Ahmad, selaku penerbit filem.

BARISAN PELAKON

Menampilkan BARISAN pelakon berbakat termsuk Datuk Fauziah Nawi, Azman Ahmad, Megat Sharizal, Izzy Reef.

Lakonan Datuk Fauziah Nawi menjadi nadi emosi kepada keseluruhan penceritaan, disokong mantap oleh Azman Ahmad serta Izzy Reef, yang berjaya menghidupkan konflik dalaman seorang anak lelaki yang bergelut dengan masa silamnya.

Menyentuh memgenai pemilihan pelakon, Azman menegaskan pemilihan dilakukan dengan teliti bagi memastikan setiap watak memberi impak yang seimbang kepada penceritaan.

“Saya mahu Datuk Fauziah Nawi sebagai ‘mak’ kerana kredibiliti beliau tidak perlu dipertikaikan lagi. Selain itu, kehadiran pelakon berbakat seperti Izzy Reef, yang merupakan pemenang anugerah, memberikan keseimbangan kepada naskhah ini.

SINOPSIS FILEM MAK #SALAMDARISYURGA

Mengambil latar sebuah kampung di Kedah, filem ini mengisahkan Aman (Azman Ahmad) yang terperangkap dalam dilema apabila terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia yang diketuai oleh Edy (Megat Sharizal).

Keadaan menjadi semakin parah apabila Aman menjadi buruan pihak polis selepas satu serbuan di sempadan negara. Demi membersihkan namanya di mata ibunya, Nor (Datuk Fauziah Nawi), Aman memilih untuk bertahan hidup di dalam hutan selama berminggu-minggu demi pulang menemui ‘syurganya’.

CABARAN

Pengarah filem, Hj Hafis Nafiah, menyifatkan penggambaran naskhah ini sebagai satu cabaran besar, terutama apabila barisan pelakon dan kru perlu berkampung di dalam hutan bagi menjayakan babak-babak penting.

“Cabaran paling tinggi adalah apabila kita perlu menjalani penggambaran luar. Kami berkampung selama dua hari dua malam di dalam hutan hanya untuk menyiapkan satu babak demi memastikan kualiti visual yang terbaik,” katanya.

. Filem “MAK” yang menampilkan barisan pelakon berbakat termasuk Datuk Fauziah Nawi, Azman Ahmad, Megat Sharizal, Izzy Reef dan ramai lagi dijangka memberikan pengalaman menonton yang tidak dapat dilupakan kepada semua penonton.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam TGV di Malaysia pada 22 Januari 2026 nanti.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *