Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yeayyyy… Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like untuk tahun 2017 sudah kembali. Pejam celik pejam celik tidak disangka-sangka yang sekarang ia sudah memasuki musim keempat tahun ini. Buat mereka yang mengikuti kempen ini terlebih dahulu seperti tahun tahun yang lepas pelbagai aktiviti yang menarik bakal kembali. Pastinya hadiah atau ganjaran yang ditunggu amatlah berbaloi. Di antara

Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempat (2017) Pensonic

 

Kali ini Pensonic selaku tuan rumah telah memperkenalkan cara atau konsep terbaru kempen ini. Bermula dari bulan April hingga Julai 2017,konsep khas direka buat para pengguna Pensonic. Apa yang menarik ialah ganjaran diberikan pada para pengguna yang membeli barangan terpilih di kedai-kedai terpilih bermula dari bulan April hingga Julai 2017. KP sendiri tidak berkesempatan untuk turut serta dan pastinya tidak mahu ketinggalan tahun ini . Katanya tahun masih lagi memasak bersama Rakan Pensonic & dikenali juga sebagai Duta Pelancongan Masakan Asli Melayu Malaysia  iaitu Dato’ Chef Haji Ismail. Beliau akan mengadakan kelas memasak dan demonstrasi masakan di lokasi yang terpilih

Lokasi Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

 

Antara lokasi yang terlibat adalah

  1. Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
  2. CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
  3. Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
  4. HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
  5. AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  6. Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
  7. Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
  8. Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  9. Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
  10. senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).

Penyertaan Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

Seperti tahun yang lepas, peraduan melalui Facebook Pensonic telah diadakan. Setiap mereka yang bertanding perlulah menghantar resipi dan juga langkah-langkah menyediakan resipi tersbut melalui “We Want You To Be On TV” Facebook Pensonic. Dari beratus penyertaan hanya 7 yang bertuah dipilih menjadi pemenang dan kemudian bakal berganding bahu dengan selebiriti pilihan untuk berentap memasak hidangan bersama DCH Ismail. Tujuh pemenang bakal menjadi ‘bintang’ dalam rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017”.

Rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017”

 

Mempunyai 8 episod kesemuanya dan bakal ditayangkan pada . Setiap pemenang akan meyediakan hidangan resipi yang dipertandingkan bersama selebriti jemputan dan juga DCH Ismail. Selebriti-selebriti untuk tahun ini yang bakal beraksi didalam rancangan adalah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia.

Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

8 lokasi menarik telah terpilih dimana restoran yang terpilih mempunyai masakan yang berlainan seperti  Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India. Sejak tahun pertama rancangan ini ditayangkan pelbagai respon, maklum balas telah diterima oleh para penonton . Dengar -dengar Rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic” mendapat bilangan tontonan yang tertinggi dan ada yang pernah mencecah lebih dari 700,00 ribu orang.  Bagi tahun lepas pula jumlah keseluruhan yang telah menonton rancangan ini ialah 4.7 juta penonton

Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

“Tonton & Menang”  “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017”

Mulai 8 Mei, kesemua 8 episod akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Manakala untuk episod terakhir pula untuk rancangan ini akan disiarkan pada 3 Julai 2017. Siaran khas/ulangan juga akan dipaparkan di halaman Facebook Pensonic setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam di bulan Ramadhan. Yang menarik tentang rancangan ini adalah anda para penonton berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan juga baucar restoran yang terlibat dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” di halaman Facebook Pensonic. Secara tidak langsung anda mendapat resipi masakan & boleh mencuba tuah untuk memenangi produk ini. Mana tahu tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu . Ini yang membuatkan KP lagi semangat nak tunggu didepan TV untuk menjawap soalan yang diberikan

Tahukah anda produk Pensonic Chef’s Like bukannya dua atau tiga tetapi lebih dari 10 produk yang ada . Antaranya bread maker, microwave, rice cooker dan bermacam-macam lagi. Jadi jangan lupa untuk sertai peraduan ye

Image result for Pensonic Chef Like

Untuk maklumat terkini sila layari,

Website Pensonic : :http://pensonic.com/
Facebook Pensonic : https://www.facebook.com/pensonicmalaysia/

Contact Pensonic Careline: 1-800-881-770.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge