Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YB Dato Haji Ikmal Menyumbang 60,000 Pasang Baju Raya Buat Penduduk Tanah Merah
Adun Parlimen Tanah Merah YB Dato Haji Ikmal tidak pernah lupa untuk memberi sumbangan pada mereka yang memerlukan di Tanah Merah. Setiap kali menjelang hari raya pastinya beliau akan memastikan sumbangan diberikan seperti baju raya mahupun barangan dapur buat mereka yang memerlukan. Pemberian yang sebelum ini diberikan kepada PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah)dan ibu tunggal tetapi kali ini berlainan sedikit. Beliau bakal memberikan sumbangan 60,000 pasang baju raya buat semua penduduk di Tanah Merah yang sudah mendaftar sebagai pengundi sebelum 31 Mac 2017. Pemberian ini tidak akan mengira kaum mahupun bangsa asalkan pendaftaran sudah dibuat.
Baru-baru ini berlangsung sidang media diantara Jakel Shah Alam dan Adun Parlimen Tanah Merah YB Dato Haji Ikmal, dalam menandatangani perjanjian membekal baju raya seperti dinyatakan di atas.Menurut Dato, impian beliau untuk memberi sumbangan pakaian bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini kepada semua pengundi Tanah merah insyallah di permudahkan bagi menggembirakan masyarakat di kawasannya serta membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Baju raya dari Jakel insyallah dapat mengembirakan para pengundi sempena perayaan yang bakal menjelma. Siapa yang tak kenal dengan jenama JAKEL dimana kualiti kain dan rekaan adalah yang terkini. Untuk mereka yang berbangsa Melayu,
Buat mereka yang lelaki bakal mendapat sepasang baju melayu
Buat mereka yang wanita bakal mendapat sepasang baju kurung
Untuk mereka yang bukan berbangsa Melayu,
Buat mereka yang lelaki bakal mendapat kemeja
Buat mereka yang wanita bakal mendapat kain
Cabutan bertuah
Semoga Aidilfitri ini dapat memberi senyuman pada anda