Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • TERKINI
  • ANUGERAH PERDANA NGO MALAYSIA 2025, TAHNIAH BUAT PERKEP MALAYSIA!

ANUGERAH PERDANA NGO MALAYSIA 2025, TAHNIAH BUAT PERKEP MALAYSIA!

Nannie IsaDecember 25, 2025May 9, 2026

Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025, Serlahkan Peranan NGO, PERKEP Malaysia Dinobat NGO Terbaik Kategori Keluarga dan Kebajikan.

Isi Kandungan tutup
1 ANUGERAH PERDANA NGO MALAYSIA 2025
1.1 IKTIRAF SUMBANGAN NGO
1.1.1 SEKTOR PENTING
1.1.2 JARINGAN KOLABORASI
2 NGO TERBAIK KATEGORI KELUARGA DAN KEBAJIKAN
2.1 PERANAN PERKEP
3 TOKOH NGO BELIA: KEPIMPINAN RUMAH KEBAJIKAN
3.1 MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHIADIN
4 PERASMIAN
4.1 SANTUNI KEPERLUAN MASYARAKAT
4.2 PERKUKUH EKOSISTEM
5 BULETIN IMPAK NGO MALAYSIA
5.1 TEMA SUARA KOMUNITI

ANUGERAH PERDANA NGO MALAYSIA 2025

23 Disember 2025, berlokasi di Grand Ballroom Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway menjadi saksi dimana pengiktirafan terhadap peranan pertubuhan bukan kerajaan sebagai rakan strategik dalam pembangunan sosial negara di Majlis Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025.

Dianjurkan oleh Gabungan NGO-NGO Malaysia dengan kerjasama Yayasan Generasi Malaysia dan Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press).

IKTIRAF SUMBANGAN NGO 

Salah satu tujuan Penganjuran majlis ini untuk mengiktiraf sumbangan berterusan NGO dalam membina masyarakat sejahtera merangkumi pelbagai sektor penting.

SEKTOR PENTING

✔ Kebajikan
✔ Pendidikan
✔ Kemanusiaan
✔ Kesukarelawan
✔ Seni Budaya 
✔ Sukan
✔ Keselamatan Komuniti

JARINGAN KOLABORASI

SelaIa turut berfungsi sebagai platform memperkukuh jaringan kolaborasi dalam usaha menangani cabaran sosial negara secara lebih menyeluruh dan mampan. Antaranya seperti 

✔ NGO
✔ Agensi Kerajaan
✔ Institusi Pengajian Tinggi
✔ Sektor Swasta

NGO TERBAIK KATEGORI KELUARGA DAN KEBAJIKAN

Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah dinobatkan sebagai NGO Terbaik bagi kategori Persatuan Keluarga dan Kebajikan. Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan tertinggi terhadap sumbangan berterusan PERKEP dalam memperkukuh institusi keluarga, menjaga kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penglibatan aktif dalam pembangunan masyarakat sivil di negara ini.

PERANAN PERKEP

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap peranan PERKEP sebagai organisasi sokongan penting yang berupaya memperkukuh kesejahteraan sosial keluarga pasukan keselamatan.

TOKOH NGO BELIA: KEPIMPINAN RUMAH KEBAJIKAN

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Tokoh NGO Belia: Kepimpinan Rumah Kebajikan kepada Muhammad Syafiq bin Mohiadin, Setiausaha Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia. 

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHIADIN

Pengiktirafan ini sebagai penghargaan bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada seluruh pengusaha dan penggerak pusat kebajikan di Malaysia yang berkhidmat tanpa mengharapkan perhatian umum. Senantiasa aktif dalam beberapa pertubuhan kebajikan dan kesukarelawanan.

Kini beliau mengendalikan Pusat Jagaan Warga Emas Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor yang telah beroperasi lebih satu dekad. Pusat tersebut menempatkan kira-kira 50 warga emas terabai tanpa waris dan menyediakan penjagaan secara percuma. Kos operasi bulanan mencecah puluhan ribu ringgit yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat dan pihak korporat

PERASMIAN 

Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam – Yang di Pertua Negeri Melaka. Kehadiran beliaun mencerminkan Sokongan berterusan kepimpinan negara terhadap pernana strategik NGO sebagai rakan pembangunan social yang lengkapi dasar kerajaan,

SANTUNI KEPERLUAN MASYARAKAT

Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff menegaskan bahawa NGO merupakan tunjang penting dalam membentuk masyarakat yang seimbang, berdaya tahan dan berperikemanusiaan. 

“NGO sentiasa berada dekat dengan rakyat, memahami realiti sebenar komuniti serta sering menjadi barisan hadapan dalam menyampaikan bantuan ketika krisis dan keperluan mendesak. SelaIa itu sumbangan NGO dalam bidang kebajikan, pendidikan, kesihatan, pemerkasaan belia, alam sekitar dan pembangunan komuniti telah membantu mewujudkan perubahan sosial yang berpanjangan. 

PERKUKUH EKOSISTEM

Usaha ini bukan sahaja melengkapkan dasar kerajaan, malah memperkukuh keseluruhan ekosistem sokongan sosial negara. Sektor NGO kini berdepan cabaran yang semakin kompleks, termasuk aspek pembiayaan, tadbir urus, ketelusan dan keperluan mengekalkan kepercayaan awam. 

Justeru, usaha pendokumentasian dan penerbitan secara sistematik dilihat sebagai langkah penting dalam meningkatkan profesionalisme dan kredibiliti gerakan masyarakat sivil.

BULETIN IMPAK NGO MALAYSIA

Seiring dengan itu, majlis berkenaan turut menyaksikan peluncuran rasmi Buletin IMPAK NGO MALAYSIA yang diterbitkan dengan penglibatan Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Buletin ini berfungsi sebagai platform dokumentasi berwibawa yang merakam sumbangan, impak sosial, cabaran lapangan. Serta amalan terbaik NGO di seluruh negara, disusun secara berfakta dan berautoriti sejajar dengan piawaian penerbitan akademik dan profesional.

TEMA SUARA KOMUNITI 

“Penerbitan Buletin IMPAK NGO MALAYSIA dengan tema Suara Komuniti, Inspirasi Negara merupakan satu rekod sejarah sosial yang penting dan diharap dapat menjadi rujukan utama kepada pembuat dasar, penyelidik, sektor korporat serta masyarakat umum. Pendekatan dwibahasa yang diketengahkan juga dilihat mampu memperluas capaian pembaca di peringkat nasional dan antarabangsa serta mengangkat imej NGO Malaysia sebagai sektor yang matang dan berdaya saing,”

-kongsi Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff.

Secara keseluruhannya, Majlis Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025 mencerminkan komitmen berterusan penganjur dalam membina Malaysia yang inklusif dan berdaya tahan berasakan nilai kemanusiaan

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0

Post navigation

Previous: FILEM RAYA CINA 2026 ‘IM NOT GANGSTER’, MENARIK KE?
Next: HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE LATEST ARRIVAL!

Related Posts

LEQEMBI, TERAPI PERTAMA

LEQEMBI, TERAPI PERTAMA YANG SASARKAN PUNCA PENYAKIT ALZHEIMER!

July 16, 2026July 19, 2026 Nannie Isa
OHMYMEOW! EXPO 2026

CAT LOVERS WAJIB HADIR, OHMYMEOW! EXPO 2026 PAMERAN KUCING TERBESAR MALAYSIA!

July 10, 2026July 19, 2026 Nannie Isa
PROGRAM REAKASIH 2026

REAKASIH 2026 : IMPAK POTONGAN RAMBUT & MISI SANG KUTU, WOW!

July 9, 2026July 19, 2026 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}