HABIB PAVILION BUKIT JALIL YANG TERBESAR DI MALAYSIA, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. HABIB, jenama terulung barangan kemas tempatan melabuhkan tirai tahun 2021 dengan pembukaan bilik pameran terbaru.
HABIB PAVILION BUKIT JALIL
Bilik pameran yang ke 31 ini di Pusat Membeli-Belah Pavilion Bukit Jalil. Lokasi strategik serta kedudukan bilik pameran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama ruang legar pusat membeli belah. Ianya memudahkan orang ramai untuk berkunjung.
Dengan berkeluasan 4,414 kaki persegi, ini merupakan bilik pameran HABIB yang terbesar. Menawarkan pengalaman membeli belah terbaik dengan ruangan yang disediakan. Lebih lapang, sesuai dengan peredaran di zaman norma baharu.
PENUHI PERMINTAAN
“Pelanggan lebih cenderung untuk datang sendiri ke bilik pameran bagi merasai dan mencuba sendiri barangan kemas yang bernilai tinggi sebelum membuat pembelian.
Pelaburan kami dalam bilik pameran Pavilion Bukit Jalil baharu ini adalah bukti komitmen dalam memenuhi permintaan yang sentiasa berubah.
Ianya membezakan serta meletakkan kami selangkah ke hadapan. Walaupun dengan norma baharu, pelanggan boleh terus membeli-belah dengan selesa dan tanpa bimbang.”
“Pembukaan bilik pameran terbaru dan terbesar di Pavilion Bukit Jalil. Ini memberi kemudahan dengan jarak perjalanan yang lebih pendek untuk pelanggan yang berada di sekitar Bukit Jalil.
Sebanyak lebih daripada 2,000 rekaan yang unik merangkumi pelbagai koleksi barangan kemas yang pasti menepati citarasa untuk setiap lapisan umur.
DISNEY x HABIB FROZEN
Antaranya, koleksi terbaru sesuai buat golongan muda dan kanak-kanak; koleksi Disney x HABIB Frozen menambahkan kepelbagaian barangan dalam memenuhi permintaan yang berbeza”.
– Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB
KOLEKSI ORO ITALIA 916
Bilik pameran ini menampilkan seleksi pilihan barangan kemas terbanyak . Antaranya, koleksi Oro Italia 916, berlian dan batu permata.
Serta berlian bersijil antarabangsa iaitu GIA dan juga Hearts On Fire® yang merupakan potongan berlian yang paling sempurna di dunia.
Selain itu, uniknya bilik pameran ini adalah terdapat ruangan kolaborasi yang merupakan kawasan khas bagi menampilkan kempen istimewa.
Ruangan komuniti turut tersedia untuk acara peribadi dan pameran eksklusif untuk memberi keselesaan dan privasi kepada para pelanggan. Layari
Website | Facebook | Instagram