FROZEN DISNEY X HABIB-WAFER EMAS 999 EDISI TERHAD, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Let It Go, Let It Go… [Ingat tak lagi dengan lagu ini?] Pernah menjadi siulan dan kegemaran terutama anak kecil atau peminat Disney

FROZEN DISNEY X HABIB

Buat julung kalinya, jenama barangan kemas tempatan HABIB melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan menjalinkan kerjasama dengan jenama antarabangsa, Disney.

Tidak perlu diperkenalkan lagi yang begitu diminati ramai, bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah yang dewasa turut meminatinya. 

FROZEN

Frozen, filem animasi Disney dengan kutipan sepanjang zaman ketiga tertinggi dunia. Menjadi inspirasi ramai dengan jalan cerita yang kreatif dan mesej-mesej yang positif yang menyentuh hati.

Kedua-dua jenama HABIB dan Disney mengutamakan kreativiti, kualiti, nilai kebahagiaan dan kasih sayang sesama manusia. 

WAFER EMAS 999 EDISI TERHAD

Berteraskan ciri-ciri ini, HABIB mengeluarkan satu lagi koleksi yang begitu istimewa dan unik.

Set Eksklusif Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB menampilkan tiga karakter utama. – Elsa, Anna dan Olaf – dilancarkan bersempena kerjasama ini.

Tiga watak ini membawa nilai sentimen yang positif, memupuk keperibadian yang baik, kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan. 

KOLEKSI EKSKLUSIF

Set koleksi ini dilengkapi dengan kotak eksklusif yang diikat cantik sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun koleksi peribadi.  Wafer emas ini boleh dibeli secara individu dengan harga RM118 ataupun satu set dengan harga RM354.

BOLEH BELI DI MANA?

Koleksi Eksklusif Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB kini tersedia dia laman e-dagang HABIB serta di platform Shopee dan Lazada, serta di serata bilik pamerannya.

HABIB adalah jenama barangan kemas yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan sejarah 

lebih 60 tahun dalam reka bentuk dan pembuatan barang kemas. Dibangunkan pada tahun 1958 oleh Allahyarham Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif. Syarikat pemilikan keluarga ini mula beroperasi di bulik pameran yang pertama di jalan yang terkenal dengan deretan kedai emas di Pulau Pinang iaitu Pitt Street.

Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi wafer emas atau kolaborasi HABIB dan Disney, sila layari

Website | Facebook | Instagram

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge