Warna warni raya pastinya menceriakan Raya anda. Alamilah sambutan dan warisan budaya Aidilfitri di pusat-pusat beli-belah Pavilion REIT yang sedang mengalu-alukan para pengunjung dalam semangat perpaduan, kemaafan dan kesyukuran.
WARNA WARNI RAYA
Dari 15 Mac hingga 28 April 2024, DA MEN USJ akan bertukar menjadi sebuah kampung yang menawan dengan sambutan Warna Warni Raya.
Alami nostalgia masa silam dengan permainan tradisional. Seperti sepak raga, ketinting dan gasing, yang sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang berjiwa muda!
Selari dengan komitmen DA MEN USJ untuk memelihara warisan Malaysia dalam komuniti Subang. Pusat beli-belah itu berhasrat menghidupkan semula kenangan balik kampung serta memperkenalkan permainan-permainan kegemaran ini kepada generasi muda.
RUMAH WARISAN
Di samping itu, pengunjung boleh menangkap foto yang mesra-Instagram dalam suasana kampung yang indah. Diserikan oleh bunga bougainvillaea yang mengelilingi tangga tradisional.
Ia bukan hanya mencerminkan kekayaan budaya Malaysia, tetapi juga berfungsi sebagai latar belakang yang menakjubkan.
Jangan lupa juga untuk menyaksikan lima lagi latar belakang foto 3D yang bertemakan taman bunga di seluruh DA MEN USJ.
Lebih hebat lagi, foto-foto cantik anda akan memberi anda peluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM 420 menerusi peraduan #FAMILYOOTD yang dianjurkan oleh DA MEN USJ.
ANEKA PERSEMBAHAN
Sepanjang kempen ini, DA MEN USJ ingin menjemput pengunjung untuk menikmati beraneka persembahan dan aktiviti yang menghiburkan: pertandingan makan nasi lemak (27 April) untuk menguji kemampuan para ‘foodie’.
Mentransformasi penutup botol kepada permainan gasing yang menarik; dan bengkel ketupat untuk kanak-kanak (setiap hujung minggu dari 16 Mac hingga 7 April).
Pengunjung boleh menikmati Pertunjukan Sepak Raga oleh Polis Diraja Malaysia (30 Mac). Serta persembahan pancaragam oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) (6 dan 20 April)!
WARNA WARNI RAYA BAZAAR
Singgah ke ‘Warna Warni Raya Bazaar’ di Rainbow Alley untuk menjamah juadah tempatan yang enak serta membeli aksesori dan pakaian bergaya untuk menyemarakkan sambutan anda!
Selain itu, pengunjung juga dijemput untuk menyertai Sustainable Fashionista Playshop pada 20 April untuk mempamerkan kreativiti mereka di pentas peragaan. Dengan mengubah pakaian terpakai kepada ciptaan yang bergaya lagi mesra alam!
GANJARAN
Selepas membeli-belah, tuju ke Kaunter Informasi di Tingkat Bawah untuk mendapat ganjaran hebat – terhad kepada dua penebusan bagi setiap pembeli setiap hari.
Pengunjung boleh menebus sampul Raya eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah.
Dengan menggabungkan sehingga dua resit untuk setiap penebusan. Pengunjung boleh menebus baucar makanan untuk perbelanjaan minimum RM250 di seluruh pusat membeli-belah (RM350 dengan resit Jaya Grocer).
Website| Contact 03 8021 0222