Pilihan tema Kali ini adalah Rimba Raya untuk sambutan Aidilfitri di Pavilion Bukit Jalil. Alamilah sambutan dan warisan budaya Aidilfitri di pusat-pusat beli-belah Pavilion REIT. Mengalu-alukan para pengunjung dalam semangat perpaduan, kemaafan dan kesyukuran.

RIMBA RAYA

Terokai keindahan hutan rimba dengan sambutan Rimba Raya di Pavilion Bukit Jalil. Dari 12 Mac hingga 21 April 2024. Anda berpeluang menikmati sambutan mempesonakan di ruang legar ‘Centre Court’ Pavilion Bukit Jalil yang bermandi kehijauan.

ALAM SEMULA JADI

Alami keajaiban alam semula jadi dan keceriaan musim perayaan, tatkala anda bersiar-siar melalui hutan yang berhias cantik sambil menikmati melodi Raya yang berkumandang.

‘Centre Court’ pusat beli-belah itu telah diserikan dengan hiasan perayaan yang unik. Seperti pepohon gelembung, bunga animasi gergasi, dan rama-rama yang berterbangan bagi menceriakan suasana Raya.

RAYA MARKETPLACE

Pengunjung boleh menerokai pelbagai gerai ‘pop-up’, bengkel dan persembahan di Raya Marketplace yang terletak di ‘Centre Court’ Pavilion Bukit Jalil. Saksikan pameran hebat oleh Yamaha Minuet Music, Rhumba Music, Clap & Tap Orchestra, serta pertunjukan fesyen yang bertenaga oleh Movekids.

Jangan lupa untuk membeli keperluan Raya seperti hiasan rumah, pakaian dan makanan ringan di Raya Marketplace.

BENGKEL SAMPUL DUIT RAYA

Selain itu, sertailah bengkel membuat sampul Duit Raya oleh Cricut Malaysia, bengkel kraf Hari Raya oleh FairyTale Art & Craft, bengkel memasak oleh Present Mini Chef, dan banyak lagi!

PERKENALKAN LAGU RAYA DENGAN ROCKETFUEL

Bukan itu sahaja, Pavilion Bukit Jalil juga bekerjasama dengan Rocketfuel Entertainment untuk memperkenalkan ‘Balik Raya’. Sebuah lagu Raya istimewa yang menampilkan barisan artis berbakat Wany Kayrie, Indah Ruhaila, dan Nadeera.

Pengunjung akan berpeluang menyertai pelancaran video muzik rasmi pada hari Sabtu, 23 Mac 2024, jam 5 petang. Serta beramah mesra dengan para artis dan selebriti Astro yang lain.

Pastikan anda melawat Pusat Pameran Pavilion (PEX) Bukit Jalil untuk menyaksikan pameran Signature Home Expo (12 hingga 14 April).

Menghimpunkan pelbagai jenama rekaan dalaman, penggayaan dan pengubahsuaian rumah yang terkemuka, serta pelbagai jenis perabot di bawah satu bumbung.

GANJARAN UNTUK PENGUNJUNG

Sepanjang kempen ini, pengunjung boleh menebus sampul hijau ‘Rimba Raya’ eksklusif, baucar beli-belah bernilai RM20. Dan satu La Gourmet Thermal Flask 250ml masing-masing dengan perbelanjaan RM100, RM500 dan RM1,000.

Ahli Pavilion Privileges boleh menikmati promosi ‘pembelian-dengan-pembelian’ eksklusif yang dianjurkan dengan kerjasama DuluKini untuk perbelanjaan minimum RM80. Sementara stok masih ada, siapa cepat dia dapat.

TOP SPENDER

Selain itu, Pavilion Bukit Jalil juga mengadakan dua peraduan ‘top spender’ dengan perbelanjaan minimum RM200.

Menerusi peraduan itu, 9 daripada semua pembelanja tertinggi akan memenangi sepasang jam tangan Rhapsody yang bernilai RM12,720 (22 Mac hingga 7 April 2024). Manakala 7 lagi peserta akan menerima barang kemas bernilai RM18,496 daripada Vinstella Jewellery (8 hingga 21 April 2024).

Website| Contact 03 8092 8833

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge