“RAMA-DINE” DI DATUM JELATEK, APA YANG BEST?

Ramadan tinggal kurang dari dua minggu lagi dan pastinya ada insan-insan yang kurang bernasib baik belum membuat persiapan. Rama-Dine di Datum antara yang membantu untuk merealisasikan-nya,

RAMA-DINE

Kenapa Rama-Dine? Ianya adalah singkatan dari perkataan Ramadan dan juga Dine [Makan]. Digabungkan menjadi Rama-Dine. Ianya adalah sebuah program yang merangkumi 2 majlis amal iaitu “Datum tetamu Lambuk” dan “Iftar-fiesta” berlangsung pada 27 Mac 2024.

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

DATUM LAMBUK

Aktiviti memasak bubur lambuk bermula sejak jam 12 tengahari di P1, Datum Jelatek Shopping Centre.

Antara yang terlibat adalah Ahli-ahli Lembaga Pengarah DCI, wakil pengurusan DCI dan juga ahli Masjid Muaz bin Jabbal yang berlangsung di P1 (Parking Lot), Datum Jelatek Shopping Centre. 

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

Alhamdulilah, 1000 bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat dan penduduk di sekitar Keramat, Setiawangsa dan juga lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

Antara lokasi yang diedarkan adalah Balai Polis Setiawangsa, Balai Polis Hulu Kelang, Madrasah Nizhommiyah dan yang lain.

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

IFTAR FIESTA

Program yang julung kali diadakan ini, dihadiri oleh 200 tetamu jemputan dari pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang, Persatuan Penghuni Rumah Kediaman Polis DiRaja Malaysia dan kakitangan Datumcorp International Sdn. Bhd (DCI).

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

Majlis diadakan di Temu Jelatek menyaksikan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang.

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

Juga penyerahan sumbangan kerusi roda kepada Persatuan Penghuni Rumah Kediaman Polis DiRaja Malaysia (PPRK).

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

Majlis telah disempurnakan oleh YM Tengku Khairil Azwan bin YM Tengku Abd Samad, Pegawai Pemantau Operasi DCI. Turut hadir ialah Pengerusi PPRK PDRM, Tuan Hj Che Nazari bin Omar.

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

PROGRAM TAHUNAN?

Majlis “RAMA-DINE” ini adalah bakal menjadi program tahunan di bulan Ramadan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pihak Datumcorp Iinternational bersama masyarakat setempat.

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

Untuk makluman DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI), adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"RAMA-DINE" DI DATUM JELATEK

lanya telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah lbni Sultan Sharafuddin Idris Shah AI Haj, Raja Muda Selangor pada 10hb Disember 2022. Datum Jelatek Shopping Centre dibuka kepada umum sejak 26hb November 2022.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge