Dari KLIA Terus Ke Mitsui Outlet Park! Bas Godzilla KLIA Kembali, Ada Promosi Shopping Menarik

BAS GODZILLA KLIA

Nak isi masa sementara menunggu penerbangan atau baru tiba di KLIA? Apa kata singgah membeli-belah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA Sepang)!

KLIA TERMINAL 1 & 2

Menariknya, pusat beli-belah ini kini melancarkan semula perkhidmatan bas ulang-alik yang menghubungkan KLIA Terminal 1 dan Terminal 2. Lebih istimewa, bas kali ini tampil dengan dekorasi bertemakan Godzilla, hasil kerjasama bersama M&M Creations Holdings Sdn. Bhd.

Bas khas ini diinspirasikan daripada filem terbaharu Godzilla Minus Zero dan akan beroperasi sehingga 25 Disember 2026.

BAS SETIAP 20 MINIT!

Perkhidmatan bas ulang-alik ini beroperasi setiap 20 minit dari jam 8.20 pagi hingga 10.40 malam, menghubungkan MOP KLIA Sepang dengan kedua-dua terminal lapangan terbang. Lokasi menaiki bas di KLIA adalah seperti berikut:

✔ Terminal 1: Aras 1, Pintu Keluar 2, Pintu 2.
✔ Terminal 2: Aras 1, Hab Pengangkutan, Ruang No. 9..

Perkhidmatan perjalanan pergi dan balik ke MOP KLIA Sepang turut disediakan. Jadual operasi mungkin mempunyai waktu rehat berjadual sepanjang hari.

ADA AKTIVITI GODZILLA DAN GANJARAN SHOPPING!

Sampai sahaja di MOP KLIA Sepang, pengunjung boleh singgah ke reruai khas bertemakan Godzilla yang menampilkan visual serta aktiviti menarik.

Peminat Godzilla juga berpeluang mendapatkan pas masuk eksklusif Godzilla Minus Zero secara percuma dengan memuat turun dan mendaftar sebagai ahli Mitsui Shopping Park MY App (MSP MY APP).

Nak lebih berbaloi? Sepanjang kempen ini, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 menggunakan minimum dua resit pada hujung minggu boleh menebus baucar beli-belah daripada penyewa yang mengambil bahagian, tertakluk kepada terma dan ketersediaan.

Pengunjung turut boleh menikmati promosi serta diskaun terpilih, cabutan bertuah dan pemberian popcorn percuma.

NAK SHOPPING ONLINE PUN BOLEH !

Bagi yang tak sempat singgah ke MOP KLIA Sepang, barangan rasmi Godzilla turut boleh didapati menerusi GODZILLA STORE ASIA di Shopee.

Kedai dalam talian itu dilancarkan pada 3 November 2026 sempena Godzilla Day dan menawarkan barangan daripada Godzilla Minus Zero.

Jadi, kalau korang baru tiba di KLIA atau sedang mencari aktiviti santai sebelum penerbangan, bolehlah masukkan MOP KLIA Sepang dalam senarai persinggahan seterusnya!

By Nannie Isa

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *