Ulang Tahun OH!K Ke-6 Di Astro Ch 394 Untuk Peminat K-Drama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ulang Tahun OH!K Ke-6 Di Astro Ch 394 Untuk Peminat K-Drama|Selamat Ulang tahun OH!K. Pada bulan ini, OH!K (Astro Ch 394) menyambut ulang tahun ke-6 bersama peminat setia K-drama (K-drama royalty). Bagi menghargai ke semua peminat  K-Drama, pelbagai acara telah dirangka istimewa buat peminat setia K-Drama di Malaysia.

Istimewa Untuk ‘Kings and Queens K-Drama’

Pelbagai drama Korea yang hebat akan disiarkan buat anda semua peminat drama Korea.

She Was Pretty

Bermula pada 10 Oktober, kisah tentang realiti berubah buat sepasang kawan sejak zaman kanak-kanak. Sung-joon seorang yang pemalu, selalu bergantung kepada Hye-jin yang cantik dan popular. Untuk menyelamatkan dirinya daripada situasi-situasi janggal.

Jadi apabila beliau menjadi orang dewasa (lelaki kacak pulak tu), jadi sudah menjadi gilirannya untuk membalas jasa cinta pertamanya.

Weightlifting Fairy.
Disebabkan dedikasi melampau beliau terhadap dunia sukan, seorang wanita tidak mempunyai masa untuk perihal cinta. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Joon-hyung dalam drama
My Dear Youth – Coffee Prince
Sementara itu,  mengumpulkan semua barisan pelakon asalnya dari karya popular 2009 itu. Rancangan istimewa ini akan menyaksikan semarak api cinta antara Eun-Chan dan Han-gyeol sekali lagi! Wah tak sabar nak menanti mereka semua ini membuat comeback 🙂
Tayangan Perdana Baharu Hari Minggu Khas

Pada hari minggu turut ditawarkan untaian hiburan siaran baharu yang penuh dengan pusingan plot yang kita tidak jangkakan.

Kairos
Kairos yang akan mula ditayangkan buat kali pertama pada 7 Oktober, mengisahkan kehidupan seorang lelaki berkerjaya, Kim Seo-jin. Menjadi musnah apabila anak perempuannya menjadi mangsa penculikan. Ingin kembali ke kehidupan asalnya yang indah, dia mendapatkan solusi ‘luar biasa’ – semata untuk kembali kepada kehidupan lepasnya.

Bad Love,

Untuk perspektif berlainan tentang cinta, Bad Love, debut pada 16 Oktober. Menceritakan tentang lima orang lelaki dan wanita yang tidak dapat menikmati percintaan mereka dalam perkahwinan. Ikatan antara mereka adalah satu hal yang tidak disengajakan dan kasih sayang mereka kurang dipersetujui oleh masyarakat.

2020 Idol Star Athletics Championships.
Nak tonton idola-idola Korea, rancangan realiti bagaimana mereka keluar daripada zon selesa menerusi 2020 Idol Star Athletics Championships. Rancangan ini akan ditayangkan bermula 2 Oktober. Tanpa skrip, solekan dan trailer yang hebat, para selebriti berpanas dan diuji dengan pelbagai cabaran fizikal.
Raikan dengan Oh!K: Pertandingan di Media Sosial
Bermula 1 hingga 25 Oktober, korang boleh calonkan ‘Kings or Queens’ k-dramayang korang kenal (atau diri korang sendiri!) menerusi https://www.facebook.com/OhkTVAsia/.
Beritahu OH!K mengapa rakan atau diri sendiri layak diangkat sebagai ‘Kings or Queens K-drama’ dan berpeluang memenangi pakej eksklusif drama Korea yang mengandungi baju hoodie dan tumbler menarik serta baucar gaya hidup bertema Korea.
Nak tahu lebih lanjut layari tentang promosi dan update terkini tentang OH!K



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge