BYD SEALION 7 2026 KINI LEBIH HEBAT, AMAZING!

BYD SEALION 7 2026 Tampil Lebih Hebat! Varian Dynamic Baharu Jadikan SUV Elektrik Flagship Ini Lebih Mampu Dimiliki

BYD SEALION 7 2026

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, secara rasmi memperkenalkan BYD SEALION 7 2026, lengkap dengan varian Dynamic serba baharu yang menjadikan SUV elektrik premium ini lebih mudah dimiliki oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

VARIAN BAHARU

Selain memperkenalkan varian baharu, model Premium dan Performance turut menerima pelbagai penambahbaikan termasuk kapasiti bateri yang lebih besar, jarak pemanduan lebih jauh serta keupayaan pengecasan pantas yang lebih efisien.

BYD SEALION 7 2026

Dengan pembaharuan ini, BYD SEALION 7 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara SUV elektrik segmen D paling popular di Malaysia.

KINI LEBIH JAUH, PANTAS DAN MUDAH DIMILIKI

Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, BYD SEALION 7 telah mencatat lebih 6,300 unit penghantaran kepada pelanggan di seluruh negara dan muncul sebagai SUV elektrik Segmen D No.1 di Malaysia pada tahun 2025.

SLOGAN BAHARU

Bagi model 2026, BYD memperkenalkan slogan baharu “Pinnacle of Performance, Redefined FURTHER for Tomorrow”, menggambarkan peningkatan menyeluruh dari segi prestasi, teknologi dan pengalaman pemilikan. Antara penambahbaikan utama termasuk:

✔ Jarak pemanduan lebih jauh
✔ Pengecasan DC yang lebih pantas.
✔ Varian Dynamic baharu pada harga lebih kompetitif.
✔ Rangkaian pusat jualan dan servis BYD yang semakin meluas di Malaysia.

VARIAN DYANAMIC BERMULA RM159,800

BYD SEALION 7 DYNAMIC

Tarikan utama pelancaran kali ini ialah kemunculan BYD SEALION 7 Dynamic, yang menawarkan keseimbangan antara prestasi, teknologi dan nilai. Dikuasakan oleh sistem pacuan roda belakang (RWD), SUV elektrik ini menghasilkan 170 kW kuasa dan 380 Nm tork, dengan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 7.3 saat.

BYD SEALION 7 2026

Lebih mengagumkan, ia mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 520 km (NEDC), menjadikannya pilihan sesuai untuk penggunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh. Harga rasmi ialah RM163,800, namun 300 pelanggan pertama boleh menikmati harga pengenalan istimewa RM159,800, selepas penjimatan sebanyak RM4,000.

PREMIUM KINI LEBIH JAUH DENGAN JARAH HINGGA 650KM

Varian Premium menerima peningkatan terbesar apabila kini menggunakan BYD Blade Battery berkapasiti 91.39 kWh, meningkat daripada 82.56 kWh sebelum ini. Hasilnya, jarak pemanduan meningkat daripada 567 km kepada 650 km (NEDC).

Keupayaan pengecasan pantas DC turut dipertingkatkan daripada 150 kW kepada 230 kW, sekali gus mengurangkan masa pengecasan dan menjadikan perjalanan lebih praktikal. Varian Premium dijual pada harga RM188,800.

BYD SEALION 7 2026

PERFORMANCE KEKAL BERKUASA DENGAN PRESTASI MENGAGUMKAN

Bagi mereka yang mahukan prestasi maksimum, varian Performance AWD terus menjadi pilihan utama. Model ini menghasilkan 390 kW kuasa dan 690 Nm tork, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat. Ia turut menawarkan:

✔ Jarak pemanduan sehingga 600 km (NEDC).
✔ Bateri 91.39 kWh BYD Blade Battery.
✔ Pengecasan pantas 230 kW DC.
✔ Rim sport 20 inci.
✔ Angkup brek merah eksklusif yang menyerlahkan karakter sporty.

Harga bagi varian Performance ialah RM203,800.

TEKNOLOGI PINTAR DAN KESELAMATAN MENJADI KEUTAMAAN

Kesemua varian BYD SEALION 7 2026 dibina menggunakan e-Platform 3.0 dan dilengkapi Blade Battery, teknologi yang terkenal dengan tahap keselamatan tinggi, kecekapan tenaga dan ketahanan. Model ini turut dilengkapi pelbagai teknologi moden termasuk:

✔ Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
✔ Sistem sambungan pintar.
✔ Struktur badan yang lebih kukuh.
✔ Kecekapan tenaga yang dipertingkatkan.
✔ Pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan selamat.

BYD SEALION 7 2026

WARANTI MENYELURUH UNTUK KETENANGAN PEMILIK

BYD Sime Motors turut menawarkan pakej waranti komprehensif kepada semua pembeli:

✔ Waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000 km.
✔ Waranti Blade Battery selama 8 tahun atau 160,000 km.
✔ Waranti unit pacuan selama 8 tahun atau 160,000 km.

Sebagai nilai tambah, pelanggan juga menerima Vehicle-to-Load (V2L) Adapter serta kabel pengecas Type 2 dengan palam tiga pin secara percuma.

SAKSIKAN BYD SEALION 7 2026 SECARA DEKAT!

Orang ramai boleh melihat sendiri BYD SEALION 7 2026 di acara “BEYOND YOUR DRIVE” Roadshow yang berlangsung di 1 Utama Shopping Centre dari 30 Julai hingga 2 Ogos 2026, atau mengunjungi mana-mana bilik pameran BYD di seluruh Malaysia.

Dengan penawaran varian Dynamic yang lebih mampu dimiliki, peningkatan jarak pemanduan sehingga 650 km, pengecasan yang lebih pantas serta rangkaian pusat jualan dan servis yang semakin berkembang, BYD SEALION 7 2026 terus menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV elektrik premium di Malaysia.