Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
GV7 a.k.a Gegar Vaganza 7 Bakal Temui Penonton Mulai 11 Oktober 2020|GV7 kembali lagi dengan barisan artis yang terkenal dari pelbagai program mahupun album tersendiri. Tanpa perlu pengenalan panjang lebar, program realiti popular ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ ialah sebuah pertandingan nyanyian terbitan Astro Ria menampilkan barisan penghibur berpengalaman. Mereka yang pernah masyhur dan diberi kesempatan untuk kembali menjenamakan semula nama mereka di persada seni tanah air.
GV7
Mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’ untuk edisi terkini, ‘GV7’ yang bakal dilaksanakan mengikut SOP. Juga rutin kelaziman baharu ini juga turut mencatatkan rekod bilangan penyertaan terbanyak sepanjang sejarah penganjuran edisi sebelum ini.
Seramai 14 peserta yang pernah mewarnai gelanggang industri muzik suatu masa dahulu bakal menjadi pertaruhan besar pada musim kali ini. Terdiri daripada 6 penyanyi solo lelaki, 6 penyanyi solo wanita dan dua buah kumpulan.
‘GV7’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Terdahulu, penyanyi Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5). Dan terbaru adalah Naqiu dan Hady Mirza (GV6) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘GV’ untuk penganjuran terdahulu.
Peserta solo lelaki
Enam peserta solo lelaki tersebut ialah vokalis kumpulan May iaitu MUS akan menyahut cabaran bersama-sama dengan bekas vokalis May dan Rusty Blade, YANTZEN. Turut menyertai senarai penyanyi solo lelaki ialah CLIFF UMAR (Projek Pistol), AJU (Success), OJA
dan NOMAD.
Penyanyi solo wanita
Sementara senarai penyanyi solo wanita yang bakal mewarnai ‘GV7’ ialah penghibur yang sinonim dengan gelaran Ratu Etnik iaitu NORANIZA IDRIS. Selain itu ROZITA IZLYN, AYU DAMIT, LINDA NANUWIL, ASHIRA dan HASLINDA.
Kumpulan Bertanding
Manakala dua buah kumpulan yang juga akan menyahut cabaran ialah INDIGO dan EVA.
“Memasuki edisi penganjuran ketujuh, pengaruh jenama ‘GV’ sebagai sebuah program hiburan ‘feel good’ yang berpengaruh
kini semakin kukuh dan cemerlang. Peranan besar ‘GV’ selaku kayu penghubung yang ‘menyatukan’ peminat dunia seni hiburan tanah air juga jelas terbukti. Ekoran setiap kali musim baharu diterbitkan, program ini sentiasa menjadi sebutan penonton, bahan perdebatan netizen. Selain mengundang pelbagai ulasan daripada pengamal media, blogger serta pencinta seni tanah air. Ini sekaligus meletakkan ‘GV’ di antara program hiburan terbitan Astro yang paling ditunggu-tunggu saban tahun.
Untuk musim yang terbaharu, senarai 14 penyanyi yang akan beraksi di pentas ‘GV’ pada kali ini merupakan gabungan bintang-bintang daripada pelbagai latar belakang. Pemilihan tidak bersandarkan kepada lagu-lagu popular mereka semata-mata. Bahkan pengalaman dan reputasi juga turut menjadi antara kriteria utama yang ditimbang tara.
Bukan itu sahaja, senarai tersebut juga harus memenuhi tuntutan penonton kerana tanpa sokongan mereka, fenomena ‘GV’ tidak mungkin berkembang sehebat sekarang. Mungkin ada juga peminat di luar sana yang tertanya-tanya mengenai penyertaan dari
negara jiran seperti musim-musim sudah. Tetapi edisi kali ini cuma menampilkan seorang sahaja wakil luar iaitu Yantzen, penyanyi kelahiran Singapura yang kini menetap di Malaysia.
Seperti yang semua sedia maklum, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat seluruh dunia ekoran penularan pandemik COVID-19. Krisis berkenaan telah membataskan banyak perancangan Astro termasuk produksi ‘GV’ sendiri. Sebetulnya sudah
mempunyai senarai artis dari negara jiran yang ingin kami pelawa untuk bersama-sama memeriahkan musim ini. Namun begitu, segala perancangan yang diatur terpaksa ‘disimpan’ .Bakal dibawa ke musim hadapan atas faktor keselamatan selain terikat dengan syarat SOP yang ketat.
Dalam masa sama, kami turut berpendapat bahawa ada hikmah di sebalik ujian yang melanda kerana penganjuran ‘GV’ kali ini menampilkan dominasi penyertaan artis tempatan. Bertepatan pula dengan semangat solidariti seluruh rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik. Maka ada manisnya apabila penganjuran kali ini membuka peluang kepada penghibur tempatan. Justeru, pentas ‘GV7’ ini secara rasminya dibuka untuk meraikan mereka dan semoga setiap peserta akan merebut peluang yang diberikan ini.”
-kata Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria
Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020. Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak melalui