OMODA | JAECOO Malaysia 3S Perluas Rangkaian Malaysia, Buka Dua Pusat 3S Baharu Di Johor dan Kelantan
OMODA | JAECOO MALAYSIA 3S
OMODA | JAECOO Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif tempatan menerusi pembukaan rasmi dua pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) baharu di Kulai, Johor dan Kota Bharu, Kelantan.
KINI DI DUA LOKASI BARU OMODA | JAECOO MALAYSIA 3S
Langkah ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian pengedar sah jenama itu di seluruh negara, malah memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lebih pantas, menyeluruh dan berkualiti.

Dengan pembukaan ini, OMODA | JAECOO kini memiliki 55 cawangan di seluruh Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmennya dalam menawarkan pengalaman pemilikan premium kepada pelanggan.
PERKUKUH KEHADIRAN DI SELATAN DAN PANTAI TIMUR
Dua pusat 3S yang mula beroperasi ialah:
✔ OMODA | JAECOO Kulai 3S Centre, dikendalikan oleh Supernova Motor Sdn. Bhd.
✔ OMODA | JAECOO Kota Bharu 3S Centre, dikendalikan oleh Future Otto Sdn. Bhd.
Menurut Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, peluasan rangkaian ini selaras dengan pertumbuhan jenama di Malaysia dan usaha memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lebih mudah serta meyakinkan.

Beliau berkata, pembukaan pusat baharu ini juga membuktikan komitmen syarikat untuk bekerjasama dengan rakan pengedar yang dipercayai dalam memberikan pengalaman pelanggan bertaraf premium di lokasi strategik.
KULAI KINI PUSAT 3S TERBESAR DI SELATAN
OMODA | JAECOO KULAI 3S CENTRE
Pusat OMODA | JAECOO Kulai 3S Centre dibangunkan menerusi pelaburan bernilai RM3 juta dan kini menjadi pusat pengedar terbesar jenama itu di wilayah Selatan Malaysia.
Bangunan dua tingkat seluas 20,419 kaki persegi ini mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan pada satu-satu masa. Bagi kemudahan selepas jualan, pusat servisnya dilengkapi dengan 12 petak servis yang mampu mengendalikan sehingga 1,560 kemasukan kenderaan setiap bulan.

Pusat ini turut dibangunkan mengikut identiti korporat global terkini OMODA | JAECOO dan bakal dilengkapi dengan kemudahan Body & Paint Centre, sekali gus menawarkan perkhidmatan yang lebih lengkap kepada pelanggan.
KOTA BAHARU JADI PENGEDAR SAH PERTAMA DI KELANTAN
OMODA | JAECOO KOTA BHARU 3S CENTRE
Sementara itu, OMODA | JAECOO Kota Bharu 3S Centre menjadi pengedar sah pertama jenama itu di negeri Kelantan.
Sebagai pusat 3S lengkap, ia menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung, selain bersedia menyokong pertumbuhan portfolio Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) OMODA | JAECOO di Malaysia.

Bengkel servisnya mempunyai kapasiti sehingga 650 kemasukan kenderaan sebulan, sekali gus memastikan pelanggan di Pantai Timur menikmati sokongan selepas jualan yang lebih cekap dan mudah diakses.
RANGKAIAN KINI CECAH 55 CAWANGAN
Dengan pembukaan dua pusat baharu ini, rangkaian pengedar OMODA | JAECOO Malaysia kini merangkumi 24 cawangan di Wilayah Tengah, 11 cawangan di Wilayah Selatan dan Utara, 2 cawangan di Pantai Timur dan 7 cawangan di Malaysia Timur
Perkembangan ini menunjukkan komitmen berterusan syarikat dalam memperluaskan akses pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan OMODA | JAECOO di seluruh negara.
PENGALAMAN PEMILIKAN PREMIUM TERUS MENJADI KEUTAMAAN
Selain memperluaskan rangkaian jualan, OMODA | JAECOO turut memberi penekanan kepada aspek perkhidmatan selepas jualan bagi memastikan setiap pemilik menikmati pengalaman pemilikan yang lancar dan berkualiti.

Strategi ini sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap model SUV dan kenderaan tenaga baharu (NEV) di Malaysia, sekali gus mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.
Dengan rangkaian yang semakin meluas, OMODA | JAECOO Malaysia 3S terus memperkukuhkan komitmennya dalam menyediakan akses yang lebih mudah kepada pelanggan, di samping menawarkan pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh dari proses pembelian hinggalah kepada sokongan selepas jualan.