ULANG TAHUN KE-67 MYDIN, APA YANG BEST?

Mydin tawar ganjaran Dan penjimatan bernilai RM6.7 juta sempena Ulang tahun ke-67 Mydin!

ULANG TAHUN KE-67 MYDIN

Ganjaran dan penjimatan ini diadakan menerusi kempen Festival OHMYDIN! yang mendapat kerjasama daripada 55 rakan strategik termasuk MYDIN PayFlex yang dikuasakan oleh Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri, Unilever dan Wipro Unza.

Kempen ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia MYDIN dengan menawarkan pelbagai promosi dan peraduan hebat.

Antara program dan promosi yang diadakan sempena Festival OHMYDIN! adalah:

FUN RUN FESTIVAL

Bukan satu lokasi diadakan fun run festival ini tetapi ada 4 lokasi iaitu

    -Subang Jaya, Selangor-24 Ogos
    – MITC, Melaka- 21 September
    – Tunjong, Kelantan-19 Oktober
    – Petra Jaya, Sarawak- 9 November 2024

    RM5 DISUMBANG MELALUI MYDIN PRIHATIN

    Setiap pendaftaran larian ini, sejumlah RM5 akan disalurkan ke program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN Prihatin bagi disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik.

    Peserta yang menyertai “fun run” sejauh 6.7km pula, berpeluang menikmati cabutan bertuah dengan hadiah berupa peranti Oppo, baucar tunai dan hamper.

    PROGRAM JOM DURIAN

    Akan dianjurkan di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 7 September dan MYDIN Pelangi Indah, Johor pada 5 Oktober 2024 bagi memberi peluang orang ramai menikmati sedulang durian pada harga serendah RM100.

    PROMOSI HEBAT DAN MURAH

    Antara promosi yang ditawarkan adalah Hari-Hari MYDIN Murah, Beli Bijak Beli Borong, Belian dengan Belian (PWP), Happy Hour. Pelbagai lagi yang menawarkan penjimatan hebat kepada pelanggan khususnya kepada pemilik kad kesetiaan Meriah.

    Promosi itu juga boleh didapati di TikTok Shop @MYDIN.

    PULANGAN HEBAT MELALUI APLIKASI

    Pengguna aplikasi pembayaran seperti Atome, MCash, Moby Islamic dan SpayLater berpeluang menerima pulangan tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM67,000 apabila berbelanja menggunakan aplikasi tersebut dalam satu transaksi mana-mana cawangan MYDIN.

    DAPAT HADIAH MELALUI APLIKASI MYDINPAY

    Empat jenama, iaitu Adabi, Carrie Junior, Puteri, dan Lifebuoy, turut mengadakan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan oleh CashOut dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM103,500.

    Manakala, pendaftar baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak menerima promosi Belian dengan Belian Borong (PWP).

    Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang berlangsung sehingga 11 November 2024.

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge