Ia kembali untuk tahun ke 2 di Bandar Sunway, Selangor -Malaysia untuk Persidangan AITEX 2024!

AITEX 2024

Asia Islamic Tourism & Trade Expo (AITEC) kembali lagi buat kali ke-2. Acara yang menjadi perhimpunan utama. Ini bagi pemimpin industri, pembeli perdagangan,dan pengguna awam, menonjolkan potensi besar dalam sektor pelancongan serta perdagangan Islam,

Bakal berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos 2024 di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway. Waktu: 10:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari Dan masuk percuma

SIDANG MEDIA

Satu sidang media telah diadakan di Sunway Resort Hotel dan dihadiri oleh Hajah Siti Zabidah, Bendahari MATA/ Exco Aitex 2024, Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, Setiausaha Agung MATA/ Pengerusi Penganjur WITA 2024.

Dihadiri juga Dato’ Jeffri Sulaiman, Timbalan Presiden MATA/ Pengerusi Penganjur AITEX 2024, Dato’ Dr Haji Mohd Khalid Harun, Presiden MATA/Pengerusi Aitex 2024, Fauzi Rajab, Ketua Pembangunan Perniagaan Kerajaan Batik Air.

Termasuk Nazli Ahmad, Pengarah Protokol, Hal Ehwal Diplomatik dan Jualan F&B, Ahmad Jafri Ngah Ali, Exco MATA / Jualan Dan Pemasaran Aitex 2024 serta Dr Hj Zawari Ali, Exco AITEX 2024.

PELUANG RANGKAIAN EKSKLUSIF

Pemegang taruh di AITEX 2024 berpeluang untuk berhubung dengan pempamer dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, Zambia, Arab Saudi, Mesir, Uzbekistan, Tajikistan, China, dan banyak lagi.

Secara tidak langsung memudahkan penemuan produk, perkhidmatan, dan kerjasama baru yang boleh mendorong pertumbuhan dan inovasi dalam industri pelancongan dan perdagangan Islam secara global.

TARIKAN UTAMA DAN AKTIVITI

Pengunjung yang datang boleh menyertai pelbagai aktiviti dan membeli tawaran pakej menarik sepanjang acara tiga hari itu.

Bagaimanapun, tahun ini terdapat pakej pelancongan eksklusif iaitu Pameran Artifak Nabi Muhammad SAW, satu pameran yang pastinya dapat meningkatkan lagi pengetahuan mengenai barang peninggalan Rasullah.

PERJALANAN REALITI MAYA RASULLAH

Selain itu, pengunjung juga boleh merasai pengalaman ‘ Perjalanan Realiti Maya (VR) Nabi Muhammad SAW, satu pengalaman canggih yang menjelaskan perjalanan penting Rasullah sewaktu hayat beliau.

Bagi mereka yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM500, berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan pergi-balik ke destinasi menakjubkan. Antaranya Maldives, Vietnam, dan banyak lagi oleh Batik Air Malaysia, yang merupakan rakan penerbangan rasmi AITEX 2024.

RAKAN KONGSI DAN KERJASAMA

AITEX 2024 dianjurkan dengan kerjasama organisasi terkemuka, serta mendapat sokongan dari rakan-rakan rasmi seperti

  • World Islamic Tourism Council
  • Global Islamic Tounsm Organisation,
  • ASEAN Federation of Umrah & Hajj (AFUH)
  • Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB)
  • Batik Air Malaysia (rakan penerbangan)
  • Sunway Resort Hotel (rakan hotel)
  • TV Alhijrah (rakan TV)
  • TTW (rakan media rasmi)

PERSIDANGAN KEMUNCAK

AITEX 2024 juga akan menganjurkan beberapa persidangan utama, termasuk Persidangan Pelancongan Islam pada 23 dan 24 Ogos, di mana pakar industri akan membincangkan topik-topik penting yang membentuk masa depan pelancongan Islam.

Tema tahun ini adalah “MERANGKUL KEPERLBAGAIAN: JANJI DAN POTENSI PELANCONGAN ISLAM.”

Acara kemuncak AITEX pada 25 Ogos dengan *Sidang Kemuncak Menteri & CEO dan Pelaburan Pelancongan Asia, “yang akan mempertemukan pemimpin dari Kemboja, Filipina, Zambia, Mesir, Indonesia, dan Uzbekistan untuk meneroka peluang pelaburan dan membincangkan masa depan pelancongan Islam.

WITA 2024: MERAIKAN KECEMERLANGAN DALAM PELANCONGAN DAN PERDAGANGAN ISLAM !

Salah satu acara kemuncak adalah World Islamic Tourism and Trade Awards (WITA 2024), yang akan diadakan semasa majlis makan malam gala pada Isnin, 26 Ogos, di Ballroom, Sunway Resort Hotel.

Majlis anugerah ini akan mengiktiraf 30 individu dan organisasi cemerlang dari industri pelancongan dan sektor kerajaan atas sumbangan mereka dalam pelancongan dan perdagangan Islam. Tetamu akan dihiburkan oleh persembahan daripada artis popular Malaysia dan Orkestra Combo.

Website | Hubungi +60192157116

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge