NONGSHIM PERKENAL DUTA JENAMA DAN PERISA BARU, AMAZING!

Siapakah duta jenama Nongshim? Dengar-dengar ada dua orang betul ke? Dan juga ada perisa baru diperkenalkan?

NONGSHIM

Jenama terkemuka di belakang mi segera nombor satu Korea, Shin Ramyun, baru-baru ini melancarkan duta jenama dan perisa baru. Dilancarkan baru-baru ini di Sunway Pyramid, menampilkan sambutan hangat orang ramai terhadap masakan dan budaya Korea.

Perisa Nongshim baharu ini direka khas untuk memikat selera Malaysia.

SUP AYAM PEDAS

Perisa Nongshim Shin Ramyun Sup Ayam Pedas diperbuat daripada campuran rempah dan perisa yang dipertingkatkan yang melengkapi rasa ayam. Ia juga memberikan cetusan rasa pedas berapi yang akan membangkitkan selera pedas.

NONGSHIM

GORENG KEJU

Sementara itu, Nongshim Shin Ramyun Goreng Keju pula menampilkan gabungan rasa keju dan kepedasan yang penuh nikmat. Kedua-dua perisa ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan keinginan pedas dan berkeju mereka.

NONGSHIM

DUTA JENAMA NONGSHIM

Turut diperkenalkan duta jenama terbaharunya, Wany Hasrita dan Khai Bahar, dua artis dan vokalis popular Malaysia yang terkenal. Kedua-dua mereka turut mempersembahkan single duet terbaru yang juga merupakan lagu tema yang diciptakan khas untuk pelancaran perisa baru tersebut.

NONGSHIM

LAGU TEMA

Single ‘Makan Cintaku,’ sebuah nyanyian indah yang menggambarkan pelbagai detik cinta, kegembiraan dan kebahagiaan. Selalunya dibuat lebih istimewa dengan semangkuk ramyun yang sangat bergema dengan semua rakyat Malaysia.

Single baharu itu ditulis, digubah dan disusun oleh Dennis Lau, sementara liriknya ditulis oleh Brendon Tan.

DISAHKAN HALAL

“Produk Nongshim Shin Ramyun disahkan HALAL untuk memastikan keutamaan diet semua pengguna di Malaysia dipenuhi. Pengguna beragama Islam boleh mencari logo HALAL pada pembungkusan Shin Ramyun semasa membuat pembelian.

“Kami komited untuk menyampaikan kebahagiaan dengan memberi tumpuan kepada pelanggan kami, berinovasi secara berterusan. Menyesuaikan produk kami untuk memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai di Malaysia.”

-Lee Yong Jae, Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Perniagaan Antarabangsa di Nongshim Korea.

PELBAGAI AKTIVITI

Nongshim juga bakal memulakan jerayawara di seluruh negara dari Ogos hingga November 2024, sebagai mempromosikan keterujaan perisa baharu ini kepada peminat di seluruh Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik serta pengalaman interaktif seperti ujian rasa, hadiah dengan pembelian dan permainan yang menyeronokkan telah disusun sepanjang jerayawara tersebut berlansung.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge