THE GOLDEN TICKET KEMBALI DI SURIA KLCC, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi tahun lepas pada anjuran kempen ‘The Golden Ticket‘ di KLCC? Ya, untuk tahun 2022 sudah berlangsung.
THE GOLDEN TICKET
Bermula dari sekarang sehingga 18 September 2022, dua baucar beli-belah bernilai RM 5,000 akan di berikan setiap hari. Diberikan sepanjang tempoh Kempen ‘The Golden Ticket’ di Suria KLCC.
Kempen ini kembali ke Suria KLCC untuk kali yang ketiga lanjutan dari sambutan hebat pada tahun 2020 dan 2021.
BERBELANJA MINIMUM RM 500
Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk membawa pulang tiket emas bernilai RM5,000.
Sebanyak 100 kotak misteri akan ‘dihidangkan’ di Centre Court yang mana di dalam salah satu kotak tersebut, terdapat sekeping ‘Golden Ticket’.
PURPLE TICKET
Yang lebih menarik mengenai kempen cabutan bertuah ini, pelanggan tetap akan membawa pulang ganjaran ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50 yang akan di jumpai di dalam setiap kotak
THE WALL OF WINNERS
Para pemenang ‘Golden Ticket’ juga akan diraikan dengan pengalaman mengambil gambar di laman “The Wall of Winners”.
Gambar dan video pemenang yang bertuah akan dilayarkan di skrin digital berputar yang berlokasi di Centre Court.
CABUTAN BERTUAH
Setiap pelanggan dibenarkan untuk menyertai sesi cabutan terhad untuk satu kali setiap hari.
Dua pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui dua sesi cabutan yang mana cabutan pertama akan di adakan pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Manakala sesi cabutan kedua akan berlangsung pada jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam
Sesi cabutan tersebut hanya sah diadakan pada hari resit pembelian.
MOBILE TRUCK SURIA KLCC?
Dalam usaha mempromosikan kempen ini, ‘mobile truck’ Suria KLCC yang dihiasi tema-nya telah berarak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Ini bagi memeriahkan sambutan kempen dan bertujuan sebagai pratonton terhadap peluang
keemasan yang menanti para pelanggan Suria KLCC.
KOTAK MISTERI
Di samping itu, Kotak Misteri juga disediakan semasa Kempen ‘Golden Ticket’ Bergerak Mini. Setiap kotak mengandungi ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM10 dan juga ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM50.
“Kami amat berbesar hati untuk kembali dengan Kempan ini pada tahun ini melihat pada sambutan yang sangat hebat pada tahun-tahun yang lepas daripada pelanggan setia kami.
Kempen ini dilihat menerima penghargaan yang tinggi apabila kami berusaha memastikan hampir kesemua pelanggan yang berbelanja akan membawa peluang sebentuk ganjaran”
-jelas Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien