CASHLESS LAGI SENANG BERSAMA HLB DI SEKINCHAN, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah tak terjadi apabila anda teringin sangat membeli sesuatu barangan kemudian baru sedar yang kekurangan wang tunai.
Nak cari ATM jauh pula dengan tak semena terus tak jadi membeli. Lupakan terus niat tersebut dan berlalu pergi.
CASHLESS LAGI SENANG
Ini adalah salah satu transformasi yang sedang dijalankan di Sekinchan. Transformasi sebagai Kampung Bebas Tunai bersama Hong Leong Bank [HLB].
PROJEK KAMPUNG TANPA TUNAI
Ianya adalah dibawah inisiatif Hong Leong Bank [HLB] dengan kerjasama daripada Payments Network Malaysia Sdn Bhd [PayNet].
Memilih bandar Sekinchan dimana 24,000 penduduk bakal mempunyai aksess kepada kemudahan dan perkhidmatan perbankan sepenuhnya.
PEMBAYARAN MELALUI QR CODE
Yang menarik, projek ini dapat memperkasakan 800 pemilik perniagaan kecil dalam mendigitalkan perniagaan mereka.
Selain Itu juga penerimaan pembayaran adalah tanpa tunai dan tanpa sentuhan. [CASHLESS and CONTACTLESS]
DISOKONG YB NG SUEE LIM
Projek ini memang disokong penuh oleh YB Ng Suee Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Selangor.
YB Ng turut berkongsi tentang perjalanan transformasi digital. Juga bagaimana ianya akan membantu dan memberi manfaat kepada bandar kecil seperti Sekinchan.
PIHAK HLB UNTUK CASHLESS LAGI SENANG
Pihak HLB akan berkongsi cara bagaimana institusi bank bekerja dengan penduduk Sekinchan. Ini untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan perbankan dan kewangan secara digital.
SAMBUTAN DARI PENDUDUK BAGAIMANA?
Walaupun agak baru dan menggunakan platform terkini, namun sambutan daripada penduduk menggalakkan.Jangan terkejut kerana ada yang sudah menggunakannya dan mempunyai QR kod di gerai masing-masing.
Berkesempatan untuk turun dan turut serta, teruja dengan kegigihan penduduk Sekinchan sama-sama dalam projek Kampung Tanpa Tunai.
PASAR AWAM SEKINCHAN
Ini antara lokasi yang sempat KP singgah. Peniaga di pasar pun dah mula menggunakan QR kod sebagai salah satu cara pembayaran.
Nasi Lemak dan Nasi Dagang Ganu di Pasar Sekinchan
Bunga
Cenderahati
Barangan Kering
PANTAI REDANG SEKINCHAN
Kalau ke Sekinchan jangan lupa singgah di Pantai Redang. Pemandangan yang cantik dan pasti menjadi salah satu tempat wajib untuk dipotretkan.
Disini juga gerai-gerai yang ada sudah mula menggunakan QR kod.
Kalau ingin menunaikan hajat di kuil dan tiada Wang tunai di tangan, imbas saja QR kod.
Antara lain adalah LaFamilia Cafe yang terletak di Pekan Sekinchan. Jika di google, salah satu restoran yang agak terkenal dimana pelbagai hidangan ada.
Termasuk ikan bakar berkuah dan bukan kering. Kelainan dari segi tekstur dan rempah/pes yang digunakan.
BANGGA
Dengan adanya projek ini menunjukkan yang tidak kira di mana kita berada, dengan komunikasi seperti telefon pintar dapat membantu dalam kehidupan seharian.
Tidak kira dalam perhubungan mahupun dalam perbankan. Lebih mudah lebih senang.
Jadi, kalau bercuti di Sekinchan ‘Cashless Lagi Senang’. Tak bawa wang tunai pun tak apa yang penting support produk lokal bak kata YB Ng