CARA HILANGKAN JERAGAT, PILIHAN DI TANGAN ANDA!

CARA HILANGKAN JERAGAT, PILIHAN DI TANGAN ANDA!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam artikel kali ini, kita akan berkongsi cara hilangkan jeragat dengan petua dan kaedah moden. Selain itu kita akan berkongsi tips bagi mencegah jeragat.

Jeragat atau hiperpigmentasi merupakan bintik atau tompok gelap yang muncul di permukaan kulit. Jeragat boleh muncul di mana-mana sahaja bahagian kulit.

Namun, kebiasaaannya kita akan nampak jeragat muncul lebih banyak di bahagian muka.

BAGAIMANA WUJUDNYA JERAGAT

Jeragat terhasil akibat penghasilan melanin secara berlebihan oleh kulit. Melanin merupakan bahan semula jadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit yang terdedah kepada sinar UV yang berlebihan.

Jadi ia akan muncul lebih banyak di bahagian anggota badan yang sering terdedah kepada cahaya matahari seperti muka dan belakang badan.

Selain penghasilan melanin yang disebabkan oleh cahaya matahari, ianya juga boleh muncul berdasarkan faktor genetic dan umur.

Tompokan yang terhasil kerana jeragat akan menjadikan kulit sedikit lebih gelap berbanding kawasan kulit yang lain. Ini sering menjadi masalah terutamanya golongan wanita.

CARA HILANGKAN JERAGAT MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA

Wanita sentiasa mengidamkan kulit yang bersih dan licin. Kemunculan jeragat akan menimbulkan rasa tidak selesa dan kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sehubungan dengan itu, para wanita akan mula mencari penyelesaian yang boleh menghilangkan jeragat dengan segera. Ini termasuklah membeli krim-krim dengan pelbagai jenama di pusat kecantikan atau pun farmasi.

Kebiasaanya, produk memutihkan kulit dan pencuci muka akan menjadi pilihan utama. Walau bagaimana pun, anda harus berhati-hati jika membeli produk-produk atau krim jeragat di kedai jamu atau pusat rawatan kecantikan.

Ini kerana, bahan-bahan yang digunakan mungkin tidak sesuai dengan kulit anda dan boleh menyebabkan elergi.

Antara bahan yang biasanya terkandung dalam satu-satu produk jeragat ialah hidrokuinon. Menurut MyHealth.Gov.My, produk kecantikan yang mengandungi hidrokuinon adalah dikawal sebagai produk farmseutikal dan perlu mendapat kelulusan KKM.

Artikel menarik: Laser Jeragat

Bahan lain yang seing digunakan ialah asid alfa hidroksi, retinoid, asid salisilik dan bermacam lagi. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai ejen pengelupasan dan berupaya memudarkan jeragat.

Walau bagaimana pun penggunaan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan kesan sampingan dan merosakkan kulit sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif. Sebelum menggunakan sesuatu produk, sila dapatkan khidmat nasihat dari pakar kulit atau klinik aesthetic terlebih dahulu.

KAEDAH DIY

Selain menggunakan produk atau krim rawatan jerawat, terdapat juga beberapa kaedah yang menggunakan bahan semula jadi yang ada atau boleh diperolehi di sekitar kediaman anda.

Bahan asas yang biasa digunakan ialah baking soda dengan sedikit campuran sama ada menggunakan madu, air atau pun susu. Kaedah ini biasanya mengambil masa yang lebih lama berbanding produk kecantikan.

Petua merawat jeragat menggunakan baking soda mungkin mujarab bagi sesetengah orang. Walau bagaimana pun, meletakkan serbuk penaik pada kulit wajah anda bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana boleh mengakibatkan iritasi kulit dan masalah kekeringan.

RAWATAN DI KLINIK AESTHETIC

Cara hilangkan jeragat melalui petua, tips, produk memakan masa sehingga berminggu-minggu dan memerlukan konsistensi yang tinggi. Anda perlu mengamalkan penggunaan produk tersebut dan sentiasa menjaga kulit untuk mengelakkan muncul semula.

Selain produk kecantikan dan petua, klinik aesthetic juga menyediakan rawatan untuk membuang atau memudarkan jeragat. Kaedah rawatan ini lebih selamat kerana dikendalikan oleh pakar yang bertauliah.

Rawatan juga tidak mengambil masa yang lama dan hasilnya boleh dilihat dengan cepat.

Sekiranya anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Bangi, anda boleh mendapatkan rawatan di Klinik Doktor Bazilah yang beroperasi di Shah Alam dan Bangi.

Anda boleh book appointment atau ada sebarang pertanyaan mengenai promotion atau treatment, boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah :

Website | Facebook | Instagram |

+6019-6571563 | http://temujanjidrbazilah.wasap.my/

Alamat Bangi :

Klinik Dr Bazilah, Bangi C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.

Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931

Alamat Shah Alam :

Klinik Dr Bazilah, Shah Alam, R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.

Phone : 03 5035 7359

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge